ARKIB : 08/03/2009
Buaya ditembak mati
BUAYA yang ditembak polis di Kampung Prutan,
Siburan dekat Kuching, kelmarin.
KUCHING 7 Mac - Seekor buaya sepanjang 2.4 meter
dan berat dianggarkan 80 kilogram terpaksa ditembak mati dengan 10 das tembakan
setelah ditemui merayau-rayau di Kampung Prutan, Siburan di sini semalam.
Sebelum itu, buaya berkenaan disedari oleh
seorang penunggang motosikal yang terlanggar haiwan tersebut di atas jalan raya
kampung kira-kira pukul 1.15 pagi.
Penunggang motosikal itu yang terkejut dengan
kejadian itu terus menghubungi pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner
Wong Wai Loong memberitahu, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Siburan
telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi memantau keadaan.
"Bimbang dengan keselamatan penduduk
kampung, polis menembak buaya itu di sebuah kawasan lapang kampung
tersebut," katanya di sini semalam.
Katanya, sebanyak 10 das tembakan terpaksa
dilepaskan bagi membunuh haiwan itu dengan menggunakan senjata daripada jenis
MP5.
"Buaya sesat itu dipercayai datang dari
Sungai Endap berhampiran sebelum merayau-rayau di kampung berkenaan," kata
Wai Loong.
Beliau berkata, buaya itu sebelum ini cuba
ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
tetapi gagal.
Tambah beliau, bangkai buaya itu diuruskan oleh
penduduk kampung yang akan menyerahkannya kepada pihak Perhilitan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_02.htm#ixzz54dsirS2g
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment