MyMetroUtama
Melvin Joni
am@hmetro.com.my
Miri: Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) menyelamatkan 48 biji telur buaya di Kuala Baram, di sini.
Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton berkata, tindakan itu susulan laporan seorang pekerja ladang yang memaklumkan melihat seekor buaya besar di ladang berkenaan pada Sabtu lalu.
"Ketika pemeriksaan awal, pasukan Swift Wildlife Action Team (Swat) kami tidak menjumpai buaya, tetapi terdapat 48 telur buaya.
"Namun, keesokannya mereka menangkap buaya sepanjang tiga meter menggunakan kaedah cangkuk dan garis.
"Telur buaya itu kemudian diserahkan kepada ladang buaya di Kuala Baram untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, semalam.
Selain itu, Zolkipli yang juga Kontroler Hidupan Liar berkata, SFC juga menerima seekor ular sawa yang diserahkan seorang lelaki selepas menjumpai haiwan itu di kawasan rumahnya.
Pada masa sama, katanya, seorang lelaki dari Long Selaan juga menyerahkan seekor wakwak kepada Pejabat Wilayah SFC Miri.
"Kedua- dua haiwan itu akan dilepaskan ke hutan," katanya.
"Buaya dan ular sawa adalah spesies yang dilindungi, manakala wakwak adalah dilindungi sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998," katanya.
Oleh itu, Zolkipli meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti haram ke atas hidupan liar untuk menghubungi talian hotline SFC - Kuching (019-8859996, 013-8110150), Sibu (019-8883561), Bintulu (019-8223449, 019-8332737) atau Miri (019-8224566, 019-8290994).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 6:40 AM
No comments:
Post a Comment