Ad

Wednesday 30 September 2020

'Bukan sebab pemain boikot'

Oleh Zulfaizan Mansor - September 25, 2020 @ 9:38pm

zulfaizan@bh.com.my



Sathianathan dipecat dua hari selepas Selangor dibelasah 6-1 oleh JDT. - NSTP/Faiz Anuar

Kuala Lumpur: Masalah prestasi kurang menyerlah Selangor hingga membawa kepada pemecatan B Sathianathan didakwa bukan berpunca daripada pemain memboikot jurulatih itu.

Menurut sumber rapat dengan pemain, semua pemain Red Giants tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengendali berusia 62 tahun itu.

"Apa yang saya boleh bagi tahu, pemain skuad utama memang sokong Sathianathan. Jadi tiada istilah pemain boikot atau sebagainya.

"Namun, apa yang menjadi masalah hanya keputusan perlawanan kurang menyebelahi pasukan," kata sumber itu.

Isnin lalu, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) bertindak menamatkan kontrak Sathianathan, dua hari selepas Red Giants dibelasah Johor Darul Ta'zim (JDT) 6-1 di Johor Bahru.

Selangor yang dianggap antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan liga musim ini bagaimanapun berada di kedudukan kelapan selepas mengutip 10 mata daripada lapan perlawanan.

Susulan daripada pemecatan Sathianathan, FAS melantik pengarah teknikalnya, Michael Feichtenbeiner sebagai pemangku jurulatih Red Giants.

Malah, Feichtenbeiner dalam laporan sebelum ini menjelaskan beliau tidak akan kekal membimbing Selangor dan membayangkan jurulatih baharu akan hadir melatih Red Giants musim depan.SUMBER-BH ONLINE

No comments:

Post a Comment