Ad

Monday, 21 September 2020

Tok Gajah keciciran mata



Oleh Media Mulia

20 September 2020, 11:58 pm

KUALA LUMPUR: Ketiadaan ramai tonggak memberi kesan kepada permainan Pahang, yang terpaksa berpuas hati seri 2-2 dengan Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium Abdul Razak, Jengka sebentar tadi.

Turun membawa misi memburu tiga mata penuh, Tok Gajah bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Muslim Ahmad seawal minit ke-14.

Skuad The Fighters bagaimanapun mempamer semangat melawan tinggi apabila Nikola Raspopovic tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-37.

Tuan rumah kemudian mendahului 2-1 beberapa saat sebelum tamat separuh masa pertama hasil sepakan penalti Akhmar Haiqal Azhar.

Pada minit ke-78, penyerang import Pahang, Ivan Carlos menyamakan kedudukan 2-2 juga menerusi penalti selepas bola terkena tangan Faiz Mazlan.

Empat minit kemudian, The Fighters beraksi dengan 10 pemain selepas pemain tengah, Jasazrin Jamaluddin dilayangkan kad merah akibat mengutip dua kad kuning.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

No comments:

Post a Comment