Ad

Tuesday 29 September 2020

Usah perlekeh semboyan negara

MyMetro



Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Panggilan skuad kebangsaan perlu dihormati oleh semua pihak apatah lagi ia membabitkan imej negara.

Jelas bekas pemain Harimau Malaya, Datuk Jamal Nasir, tidak timbul isu halangan daripada pasukan Liga Malaysia (Liga M) sekiranya agenda nasional diletakkan sebagai keutamaan.

Mengakui setiap pasukan Liga M adalah majikan yang membayar gaji pemain dan berhak ke atas mereka, namun semua pasukan juga perlu memahami bahawa mereka adalah ahli gabungan di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Justeru, beliau berharap semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha memastikan kehadiran skuad Harimau Malaya di Piala AFF pada April nanti bukan sekadar pasukan tempelan.

"Tak ada isu pun kalau semua pasukan meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya.

"Kalau Liga M berjalan dan dalam masa sama skuad negara ada tugasan, kelab-kelab boleh gunakan pemain yang jarang beraksi untuk menggalas cabaran dalam liga domestik.

"Lepaskanlah pemain utama ke kem negara kerana panggilan pasukan kebangsaan adalah satu pengiktirafan buat pemain negara. Tak kisah apa-apa kejohanan kita kena bagi kerjasama," katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, Arena Metro melaporkan pengendali negara, Tan Cheng Hoe kini dalam dilema dan serba salah seperti peribahasa 'Ditelan mati emak, diluah mati bapa'.

Ia ekoran saingan Piala AFF tahun depan yang akan berlangsung pada April di mana kejohanan serantau itu tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) sekali gus memungkinkan kesukaran untuk mengumpulkan skuad terbaik kelak.

Cheng Hoe yang dihubungi kelmarin, mengakui beliau terpaksa memikirkan dan mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan yang mungkin memberi kesan kepada kekuatan skuad Harimau Malaya di Piala AFF nanti.

Katanya, satu siri perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan diadakan bagi mencari penyelesaian buat memuaskan hati semua pihak.SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 6:00 AM 

No comments:

Post a Comment