Ad

Tuesday, 22 September 2020

'Semua bergantung pada Fajer'

MyMetroArena

Aziman




aziman@nstp.com.my

PERSATUAN Bolasepak Kelantan (KAFA) belum pasti akan membawa masuk pemain import baru meskipun dibenarkan untuk memohon pelepasan sekatan perpindahan pemain kedua oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Menurut Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, keputusan untuk mengambil pemain import baru bergantung kepada jurulatih Fajer Ebrahim yang ketika ini lebih memberi fokus kepada pemain muda Kelantan.

Kami ada membuat rayuan kepada MFL (pelepasan sekatan perpindahan pemain) kerana kami menamatkan kontrak pemain import Ferdinand Sinaga atas persetujuan bersama tanpa pampasan, Bruno (Lopes) juga kami akan bayar hingga Jun ini jadi kami ada dua kekosongan menerusi penamatan kontrak.

Mengikut perancangan jurulatih (Fajer), hanya mahu mengekalkan pemain pertahanan Cassio de Jesus manakala Do Dong Hyun dan (Mohammed Ghaddar) juga kalau ada pasukan lain berminat, kami sedia untuk melepaskan mereka. Namun ini bukan bermakna kami akan mencari pengganti, ia bergantung kepada jurulatih.

Apa yang beliau (Fajer) katakan sebelum ini, jika ada pemain import yang bagus kami boleh ambil, jika tak ada, tak mengapa kerana Kelantan ada pemain muda berbakat seperti pemain Syria,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan Liga Super Kelantan, Sarawak, Pulau Pinang dan Kuantan FA dari Liga Perdana sebelum ini dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh MFL selepas gagal membuat pendaftaran pasukan musim ini.

Namun MFL meminta pasukan itu membuat permohonan jika mahu diberikan pengecualian daripada hukuman itu.

Menurut Bibi, mereka sedang berusaha untuk mengurangkan kos dengan memberi tumpuan kepada pembangunan pemain muda kerana nasib Kelantan bukan sekadar keputusan di tengah padang.

Kami bertanding dalam liga adalah bersyarat, kami harus menyelesaikan hutang sebelum ini secara berperingkat. Kalau kami raih keputusan perlawanan yang baik tapi gagal dari segi kewangan, kami masih berdepan masalah untuk terus kekal.

Jadi kami perlu mengimbangi kedua-dua aspek ini sebab itu kami mengeluarkan lapan pemain sedia ada dan membawa masuk lapan pemain skuad Piala Presiden dan Belia. Kami percaya dengan kemampuan pemain muda yang perlu diberikan pendedahan, jadi saya berharap semua penyokong dapat terus memberi sokongan kepada pasukan,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mei 2018 @ 5:06 PM

No comments:

Post a Comment