Ad

Wednesday 30 September 2020

Parasit cuba kacau Zamburger, TRW?

Oleh Zulfaizan Mansor - September 25, 2020 @ 4:03pm

zulfaizan@bh.com.my



Hantaran Norizam di Facebook miliknya.

KUALA LUMPUR: Adakah ada 'pengacau' dalam Kelantan FC?

Persoalan itu muncul selepas pemilik pasukan The Red Warriors (TRW), Norizam Tukiman membuat satu ciapan di Facebook miliknya, semalam.

"Korang (anda) rasa kalau semangat aku majukan bola sepak Kelantan FC tiba-tiba terbantut sebab apa?," kata Norizam di Facebook miliknya.

Kenyataan itu mencetuskan pelbagai persoalan khususnya dalam kalangan peminat Kelantan yang sangat mengharapkan Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham atau Zamburger meneruskan perubahan yang sedang dilakukan dalam skuad TRW.

Malah, majoriti pengikutnya di laman sosial itu mendakwa wujudnya 'pengacau' dalam pasukan terbabit hingga Zamsaham mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Melihat kepada komen mengenai ciapan itu, kebanyakannya mahu Zamsaham 'membersih' segala pengacau atau parasit yang ada bagi mengelak usaha mengubah kembali TRW tidak terbantut.

Antara komen dari pengguna Facebook termasuk, Hazrul Abas berkata: "Cuci dulu org (orang) yang lama... amik (ambil) yang baru yang betul-betul tahu tentang bola sepak. Jangan campur aduk politik dengan boa sepak."

Mohd Azmi Alghani berkata: "Saya berharap agar Tuan Zam teruskan seperti mana dirancang .....biasalah tuan, untuk mencapai kejayaan perlu rentasi onak dan duri. Jangan jadikan onak dan duri sebagai penghalang kerana tuan akan dapat mengatasinya berkat doa ibu, doa penyokong serta bantuan Allah."

Dalam ciapan berasingan di Facebook sama, Zamsaham turut menulis:" Dato Seri Ke Tan Sri ke Tun ini semua merepek. Ada title, jaga title, jangan samalai orang hilang hormat!."

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ciapan berkenaan berkaitan bola sepak atau perkara lain.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

No comments:

Post a Comment