Ad

Tuesday, 22 September 2020

Lelaki 30-an disangka remaja 14 tahun

DUNIA



VASHURIN (tiga dari kiri) bergambar bersama rakan sebayanya. – Instagram

Lelaki 30-an disangka remaja 14 tahun

Oleh KOSMO!

20 September 2020, 8:55 pm

MOSCOW – Wajah dan bentuk fizikal seorang lelaki berusia 32 tahun dari Rusia menjadi topik perbualan netizen selepas dia muncul dalam temu bual bersama personaliti YouTube, Vasya_ na_ sene kerana penampilan tidak sepadan dengan usianya.

Lelaki tersebut, Denis Vashurin lahir pada tahun 1987 tetapi memiliki wajah dan fizikal tidak ubah seperti remaja lelaki berumur 14 tahun.

Menurut Vashurin, dia sudah biasa dengan perkara tersebut dan mengakui wajah dan tubuhnya tidak menunjukkan dia berusia 32 tahun.

Sebab itu, saya lebih selesa tinggal di kampung daripada berpindah ke bandar,” katanya yang tinggal di sebuah perkampungan kecil di wilayah Krasnoyarsk Krai, Rusia.

Dalam temu bual bersama Vasya, Vashurin memberitahu bahawa ibu bapanya sedar dia nampak jauh berbeza berban­ding rakan seusia yang lain.

Bahkan, ketika belajar di sekolah menengah, Vashurin kelihatan seperti murid sekolah rendah. Bagaimanapun, lelaki itu berkata, dia tidak pernah dibuli ketika melalui zaman kanak-kanak dan remaja.

Saya dianggap seorang yang aktif dan mampu melakukan aktiviti yang dilakukan oleh rakan-rakan sebaya.

Bahkan, saya juga mempu­nyai seorang teman wanita sejak empat tahun lalu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Vashurin mengakui dia kerap ditahan polis ketika memandu dan terpaksa menerangkan perkara sebenar kerana disalah sangka tiada lesen memandu dan masih di bawah umur. – Agensi.sumber-kosmo online

No comments:

Post a Comment