Ad

Friday, 25 September 2020

Penalti Nazrin selamatkan Kelantan



PENYERANG Kelantan, Imran Samso (tengah) cuba melepasi pemain Sarawak United pada aksi Liga Perdana di Kota Bharu malam ini. - UTUSAN/MOHAMMAD NOR SHAHRIZAL MUHAMMAD NAWI

Oleh YATIMIN ABDULLAH

25 September 2020, 11:45 pm

KOTA BHARU: Sepakan penalti Nazrin Nawi enam minit sebelum tamat perlawanan menyelamatkan Kelantan dan membantu The Red Warriors (TRW) mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak United dalam aksi Liga Perdana, sebentar tadi.

Kelantan yang sudahpun terlepas tiket ke Liga Super musim depan kini menghidupkan peluang untuk memburu slot Piala Malaysia.

Kemenangan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu juga membolehkan TRW bangkit daripada kekalahan 0-2 kepada Kuching FA minggu lalu.

Kelantan yang kini dikenali sebagai The Red Warriors Kelantan FC bermula baik apabila hampir meledakan gol pertama pada minit kelapan, namun Felix Odili gagal memanfaatkan peluang terhidang.

Minit ke-13, Milad Zanidpour mempersia-siakan peluang keemasan Sarawak United untuk membuka tirai jaringan apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti yang dilakukan sekadar melewati palang gol tuan rumah.

Bersambung babak kedua, pelawat mempamer aksi lebih bertenaga dan hampir memecahkan kebuntuan jaringan menerusi rembatan kencang Patrick Ronaldinho pada minit ke-53 namun Mohammad Fikri berjaya menyelamatkan situasi bahaya itu.

Gol yang dicari-cari tuan rumah akhirnya tiba pada minit ke-84 apabila pemain gantian, Nazrin menyempurnakan sepakan penalti selepas Wan Zaharul Nizam terdahulu dijatuhkan dalam kotak penalti.

Sarawak United cuba bangkit selepas itu namun sudah terlewat untuk menyekat kemenangan TRW Kelantan FC.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

No comments:

Post a Comment