PEMAIN Kelantan NORIZAM Tukiman (tengah) bersama barisan pemain Kelantan dalam majlis pelancaran jersi baharu The Red Warriors di Kota Bharu, malam tadi.
Oleh YATIMIN ABDULLAH
24 September 2020, 1:23 pm
BACHOK: The Red Warriors Kelantan FC (TRW Kelantan FC) melancarkan jersi terbaru pasukan itu bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Pelancaran majlis tersebut disempurnakan oleh pemilik pasukan itu Norizam Tukiman atau Zamsaham di sini malam tadi.
Pada majlis tersebut, TRW Kelantan FC melancarkan warna merah (untuk aksi digelanggang sendiri) dan hitam (tempat lawan).
Zamsaham berkata, pelancaran jersi baru itu dibuat bagi memenuhi permintaan peminat walaupun sebelum ini Kelantan sudah Melancarkan jersi sebanyak dua kali musim 2020.
“Saya keluarkan jersi terbaru Kelantan selepas 20 hari mengemudi Kelantan sebagai penghargaan kepada peminat dan nafas baru untuk pasukan.
“Jersi itu boleh dibeli menggunakan aplikasi dalam talian di Shopee,” katanya pemberita di sini.
Zamsaham memberitahu jersi itu dijual dengan harga RM69 (edisi peminat) dan RM99 (edisi pemain).
Katanya, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran jualan jersi kerana ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) penyokong tidak dibenarkan ke stadium.
“Namun, saya berharap peminat akan membeli jersi original sebagai sokongan kepada Kelantan,” ujarnya.SUMBER-SUKAN UM ONLINE
No comments:
Post a Comment