Ad

Tuesday 29 September 2020

Pemain Melaka perlu kuarantin

 SUKAN



PARA pemain Melaka United perlu menjalani kuarantin selepas beraksi menentang Sabah pada saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu kelmarin. – MEDIA MELAKA UNITED

Pemain Melaka perlu kuarantin

Oleh KOSMO!

28 September 2020, 8:55 pm

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

PEMAIN Melaka United yang pulang dari Sabah selepas bertemu skuad Tambadau pada perlawanan Liga Super kelmarin turut tidak dikecualikan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian kuarantin di rumah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah nege­ri, Rahmad Mariman berkata, Jabatan Kesihatan negeri secara tegas akan memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) merangkumi semua aspek bagi memutuskan penularan pandemik Covid-19.

Sesiapa sahaja yang pulang dari Sabah perlu menjalani kua­rantin termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Saya yakin tiada pengecualian kerana SOP ini terpaksa untuk semua pihak,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke Pusat Hemodialisis Komuniti Melaka, Klinik Kesihatan Cheng di Melaka semalam.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, perkara itu selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah selain semua individu yang tiba dari Sabah juga akan disa­ring di pintu masuk domestik dan antarabangsa bermula semalam hingga 10 Oktober depan.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan tiga kluster baharu iaitu dua di Sabah dikenali kluster Buang Sayang dan kluster Kampung Sakong, manakala di Kuala Lumpur pula dikenali kluster Setapak.

Kluster Buang Sayang dikesan di Sipitang, Sabah dengan kes indeks (kes ke-10,265) mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang dari 7 hingga 20 September.SUMBER-KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment