HAZELEN LIANA KAMARUDIN
| | 22 September 2020
Norizam turun padang memberikan sokongan
padu pada aksi Liga Premier Kelantan menentang Kuching FA di Sarawak
baru-baru ini. - Foto TRW Kelantan FC
PAKAR pelaburan dan
usahawan burger, Norizam Tukiman mengakui beliau berdepan laluan
sukar sepanjang 19 hari bergelar sebagai pemilik penuh ke atas
Kelantan FC.
Luahan itu dikongsikan sendiri Norizam menerusi
entri laman sosial Facebook miliknya iaitu Zamsaham.
Menerusi
entri itu, Norizam atau Zamburger menceritakan beliau terpaksa
menjual sebahagian saham miliknya untuk menyelesaikan hutang
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dengan tujuan memastikan segala
urusan penswastaan dan pelesenan dapat dipenuhi dengan sebaik
mungkin.
Zamburger berkata, selain itu beliau terpaksa 'bercuti'
seketika dari urusan perniagaan buat sementara termasuklah dalam
urusan pengambilalihan hotel.
"Bukan sahaja hotel, pelan
pengembangan kilang kedua Zamburger terpaksa ditangguhkan buat
seketika," katanya.
Menurutnya, beliau juga terpaksa
berkorban dalam urusan keluarga termasuklah menghantar ayah
mendapatkan rawatan di tempat baharu.
Katanya, walaupun terpaksa
bersedih pada permulaan, namun beliau sama sekali tidak akan menangis
apatah lagi mengalah.
"Saya tahu kekuatan selepas kesusahan
akan datang kesenangan. Saya tidak hanya bergantung pada 'jenama'
perniagaan semata-mata, sebaliknya pada usaha, rezeki dan kuasa doa
orang-orang yang mempercayai diri ini," katanya.
Anak
kelahiran Johor itu berkata, beliau melahirkan rasa syukur apabila
dikurniakan pasukan yang berkualiti dalam memastikan semua operasi
berjalan lancar.
"Alhamdulillah, ALLAH cukupkan masa 24 jam
saya. Mudah-mudahan ALLAH mengurniakan saya penyokong yang bijak
menilai.
"Diberikan barisan jurulatih sentiasa mengkaji
kekuatan diri, lawan, membuat analisa, usaha serta belajar,"
katanya.
Zamburger berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk
menukar jurulatih dalam masa terdekat.
Katanya, beliau mahu
semua pihak memberikan masa kepadanya untuk menjadikan The Red
Warriors (TRW) lebih baik pada masa hadapan.
"Saya baru
menjadi pemilik TRW untuk tempoh 19 hari. Insya-ALLAH kalau 365 hari
pasukan Kelantan FC akan berubah jadi semakin baik.
"Sepanjang
tempoh itu, saya mengikuti setiap pergerakan pasukan, pemain dan
barisan
kejurulatihan,"katanya.SUMBER-ArtikelPenuhhttps://www.sinarharian.com.my/article/102148/BERITA/Sukan/Zamburger-korban-masa-keringat-dan-wang-demi-TRW©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Wednesday, 23 September 2020
Zamburger korban masa, keringat dan wang demi TRW
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment