Ad

Tuesday, 22 September 2020

Tiada sabotaj pun Bibi...

MyMetroArena



Rodly Fadly

sukanteam@nstp.com.my

HASHIM Mustapha yakin tidak wujud komplot mensabotaj pasukan negeri itu seperti didakwa oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan, semalam.

Sebaliknya, bekas pemain Kelantan itu menganggap kenyataan berkenaan dibuat bertujuan menutup kelemahan sendiri.

Beliau mendakwa, Bibi kini dilanda sindrom takut kepada bayang-bayang sendiri dan cuba menuding jari kepada orang lain selepas beberapa tindakannya menyebabkan The Red Warriors (TRW) kini berada dalam zon penyingkiran.

Saya tidak nampak mana-mana pihak yang cuba mengkhianati pasukan Kelantan seperti didakwa Bibi. Siapa dan untuk apa mereka hendak berbuat begitu?

Namun, saya tidak menafikan ada beberapa pihak seperti bekas pemain lantang mengkritik KAFA terutama Bibi atas beberapa tindakannya yang dianggap tidak wajar sehingga menyebabkan pasukan Kelantan berada dalam situasi sekarang.

Antaranya tindakan menyingkir pemain senior seperti Apek (Khairul Fahmi Che Mat), Piya (Badhri Radzi) dan Farhan (Norfarhan Mohamad) pada pertengahan musim yang kami anggap tidak kena pada masanya.

Begitu juga dengan tindakan jurulatih hanya menurunkan seorang pemain import sedangkan masih ada dua lagi pemain import boleh digunakan.

Kami mengkritik kerana sayangkan bola sepak Kelantan bukan untuk mensabotaj atau menghancurkan.

Tapi, bila pasukan jadi begini, Bibi mula menuding jari mencari kesalahan orang lain. Tidak ada komplot atau pengkhianatan, cuma beliau kini takut kepada bayang-bayangnya sendiri,” tegas Hashim.

Tanpa menidakkan peranan Bibi terutama pengorbanannya mengeluarkan duit sendiri untuk memulihkan kewangan KAFA, Hashim berkata presiden itu tidak boleh bertindak secara bersendirian dalam menaikkan semula martabat bola sepak Kelantan.

Kami bekas pemain terutama Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Kelantan (PBPBK) sedia membantu dengan memberi pandangan berdasarkan pengalaman kami.

Sepanjang pengetahuan saya, hanya sekali saja Bibi memanggil kami untuk bertukar-tukar pandangan mengenai hala tuju pasukan Kelantan.

Kami sudah memberi pandangan namun nampaknya beliau tidak mengikut apa yang kami cadangkan.

Pada masa sekarang, apa perlu beliau buat adalah fokus kepada transformasi yang sudah dilakukan bersama jurulatih baharu (Fajer Ebrahim). Mereka perlu selamatkan pasukan ini daripada jatuh ke Liga Perdana.

Memandangkan pemain senior sudah tiada, Kelantan memerlukan pemain import yang bagus dan berpengalaman untuk membimbing pemain muda,” kata Hashim.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mei 2018 @ 12:33 PM

No comments:

Post a Comment