Ad

Monday 14 November 2016

Alfian Aziz selamat dikebumikan

 
ANTARA bekas pemain dan pemain bola sepak Terengganu yang hadir ke pengebumian Alfian Aziz. FOTO Rozainah Zakaria
Faizul Azlan Razak
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Bekas pemain bola sepak Terengganu, Alfian Aziz, 36, yang maut dalam kemalangan di Gerik, Perak, petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim, Jalan Pusara di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Jenazah pemain yang pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada 2001 itu tiba 4 pagi tadi dari Hospital Gerik dan dibawa ke Surau Sri Flat Kolam untuk solat jenazah.


Dalam kejadian 3.15 petang semalam, mangsa dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah pulang ke Terengganu.

Kenderaan dipandu mangsa kemudiannya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.

Dalam kejadian itu, isteri mangsa, Zanariah Ramli @ Danial Malan, 27, cedera di muka manakala dua anaknya, Arysha Zahra, 3, patah tulang pinggul, paha dan mengalami pendarahan dalam kepala dan Aqeef Zafran, 1, cedera ringan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 November 2016 @ 1:13 PM

No comments:

Post a Comment