Jenazah Ariffin dibawa ke tanah
perkuburan. FOTO ROSLI ILHAM
Oleh Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
Dungun: Jenazah bekas pemain
bola sepak kebangsaan dan Terengganu, Ariffin Osman, 51, yang meninggal dunia
pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Kuala
Abang, di sini, kira-kira 7.30 malam.
Jenazahnya diiringi seramai 100
orang termasuk ahli keluarga dan kenalannya.
Sebelum itu, solat jenazah
turut diadakan di rumahnya selepas dua anaknya yang bekerja di Kuala Lumpur dan
seorang yang sedang menuntut di sebuah kolej di Kuantan, Pahang tiba.
Ariffin bekas pemain bola sepak
era 80-an dan 90-an meninggal dunia kira-kira 11.30 pagi tadi akibat jangkitan
kuman dalam darah.
Allahyarham sebelum ini
mengambil upah mengangkut ikan meninggalkan seorang balu dan enam anak.
SUMBER-Artikel ini disiarkan
pada : Selasa, 15 November 2016 @ 9:19 PM
No comments:
Post a Comment