ARKIB : 08/10/1998
MELBOURNE - Pilihan utama Chan
Chong Ming dan Teo Kok Seng dari Malaysia dengan mudah menewaskan pasangan Sri
Lanka, Kalum Kumarsiri dan Johan Gunasekara 15-1, 15-4 untuk mara ke suku akhir
beregu lelaki Kejohanan Badminton Remaja Dunia di sini, semalam.
Bagaimanapun, pilihan keempat
Ang Li Peng dan Joanne Quay Swee Lin dari Malaysia kecundang di tangan pilihan
ketiga Zhang Jiewen dan Xie Xingfang dari China 8-15, 4-15 dalam acara beregu
wanita.
Perlawanan bagi pusingan 16
terakhir bagi kategori lelaki dan wanita akan berlangsung pagi ini, manakala
sebelah tengah hari pula akan diadakan perlawanan bagi suku akhir beregu wanita
dan 16 terakhir beregu campuran.
Perlawanan suku akhir
perseorangan lelaki, wanita dan beregu lelaki serta beregu campuran akan
berlangsung esok.
Perlawanan separuh akhir akan
diadakan pada Sabtu manakala perlawanan akhir pada Ahad. - Bernama.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_07.htm#ixzz4P5EmTeJI
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment