SABTU, 26 NOVEMBER 2016 @ 9:54
PM
Daripada Mohamad Zulfaizan
Mansor di YangondanMyanmar zulfaizan@bh.com.my
PEMAIN Harimau Malaysia,
Norshahrul Idlan Talaha (dua dari kiri) mengasak penjaga gol Myanmar, Kyaw Zin
Phyo pada perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium
Thuwunna, sebentar tadi. Malaysia tewas 0-1. - Foto Osman Adnan **217197
YANGON: Jurulatih skuad
kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee gagal mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) untuk
layak ke final Piala AFF Suzuki 2016 selepas tersingkir daripada kejohanan itu
sebentar tadi. Kekalahan 0-1 kepada Myanmar di Stadium Thuwunna menyaksikan Harimau
Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan dan hanya menang sekali
dari tiga perlawanan.
Tiga KPI yang ditetap kepada Kim Swee pada
awal pelantikannya Januari lalu termasuk layak ke final Piala AFF Suzuki,
meletakkan Harimau Malaysia di ranking 140 dunia dan mara ke pusingan akhir
Piala Asia 2019. Keputusan itu juga menyaksikan Myanmar menamatkan badi 12
tahun gagal ke separuh akhir kejohanan peringkat Asia Tenggara itu selepas kali
terakhir mereka layak pada tahun 2004.
Harimau Malaysia hampir berada
di depan seawal minit keenam menerusi rembatan Ahmad Hazwan Bakri yang sekadar
menggegar tiang gol Myanmar. Empat minit kemudian, giliran Myanmar pula menguji
kubu Harimau Malaysia dengan sepakan percuma menarik daripada Aung Thu, namun
ditepis keluar penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat. Khairul Fahmi atau Apek
sekali lagi menjadi penyelamat Harimau Malaysia selepas berjaya menyelamatkan
sepakan penalti Thu pada minit ke-11.
Biarpun Myanmar dilihat lebih mengasak,
Harimau Malaysia turut mendapat peluang untuk meledak jaringan penting pada
minit ke-18, namun rembatan Ahmad Fakri Saarani diselamatkan penjaga gol, Kyaw
Zin Phyo.
Nasib terus tidak memihak pemain tengah
Myanmar itu apabila palang gol pula menjadi penghalang kepada sepakan
percumanya pada minit ke-43. Biarpun permainan terus rancak di babak kedua,
namun tiada percubaan berbahaya berjaya dilakukan kedua-dua pasukan melainkan
rembatan Baddrol Bakhtiar yang tinggi melepasi palang pada minit ke-68.
Ketika perlawanan dilihat bakal
berkesudahan seri, David Htan muncul wira Myanmar apabila meledak gol tunggal
perlawanan pada minit ke-89 untuk mengesahkan tempat buat pasukannya di separuh
akhir
SUMBERSelanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/217197
No comments:
Post a Comment