Ad

Tuesday 22 November 2016

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI BERSAMA DR RAJA SHAMRI RAJA HUSIN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

TEMPAT        DEWAN AL-KHINDI
TARIKH         15 OGOS 2016
PESERTA       PELAJAR PEPERIKSAAN PMR,SPM,DAN STPM

      Objektif utama program ini ialah untuk mendedahkan kaedah dan tip menjawab soalan kepada calon peperiksaan PMR, SPM dan STPM di Sekolah Menengah Jengka 2.Raja Shamri bin Raja Hussin merupakan seorang penceramah motivasi yang terkenal di Malaysia. Raja Shamri mendapat pendidkan awal di SK Kampung Raja Pasir Puteh dan SMK Gaal Pasir Puteh Kelantan. 

      YM Dr Raja Shamri bin Raja Husin dilahirkan pada 25 Mac 1975 di Kampung Wakaf Bunut,Pasir Puteh Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja Pasir Puteh sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Machang (SMSM) di peringkat menengah. Setahun sahaja di SMSM, beliau terpaksa belajar ke sekolah harian biasa kerana mengalami kesukaran untuk bergerak disebabkan kecacatan kaki yang dialaminya semenjak dilahirkan lagi. Berkat ketekunan dan semangat yang tinggi beliau kemudiannya ditawarkan ke Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu setelah mendapat kejayaan yang cemerlang didalam peperiksaan SRP di Sekolah Menengah Gaal Pasir Puteh.[1]

      Setelah menamatkan pelajaran di MRSM beliau ditawarkan pula ke Kolej Yayasan Pelajaran MARA dan kemudiannya ke Northern Arizona University USA di bawah program anjuran MARA mengikuti kursus di bidang Pentadbiran Perniagaan. Sekembalinya beliau dari luar negara, beliau telah berkhidmat bersama beberapa syarikat swasta di Kuala Lumpur. Disebabkan rasa tandus dan cinta kepada ilmu pengetahuan yang semakin bergelojak, beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi MARA mengikuti kursus di Bidang Pengangkutan pula. Beliau berpengalaman sebagai motivator selama enam belas tahun. 

      Melalui Program Motivasi ini, Dr Raja Shamri berkongsi pengalaman hidupnya sebagai pelajar cacat yang miskin dan berjalan menggunakan kaki kayu. Beliau mengingatkan pelajar supaya memberi tumpuan semasa belajar untuk mudah memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru.Beliau juga menasihati pelajar supaya datang awal ke sekolah dan membantu mengangkat  yang dibawa oleh guru. Pelajar SMK Jengka 2 juga menasihati pelajar supaya menjauhi daripada menjauhi daripada hubungan cinta yang boleh merosakkan masa depan mereka.  

      Dr Raja Shamri juga menjadikan kisah kemiskinan keluarga yang menjadikan beliau seorang yang benar-benar tabah dan sentiasa mahu mengubah nasib diri, keluarga dan masyarakat sebagai ikibar untuk menjadi pelajar cemerlang. Kecatatan juga bukanlah penghalang untuk pelajar mencipta kejayaan demi kejayaan di dalam hidup. Antara pesanan Dr Raja Shamri kepada pelajar-pelajar SMK Jengka 2 ialah beliau lagi pelajar hendaklah sentiasa merendahkan diri dan berfikiran positif, jaga solat subuh,bentuk personaliti diri yang hebat,kurang makan ,ramai kawan,berdikari dan tidak pernah putus asa serta sentiasa berdoa kepada Allah.[2]



   Guru-guru Tinkatan 6 SMK Jengka 2 bergambar bersama pakar motivasi Dr Raja Shamri Raja
    Husin
   Guru-guru SMK Jengka 2 bergambar bersama pakar motivasi Dr Raja Shamri Raja Husin
    Dr Raja Shamri menyampaikan cerama motivasi di Dewan Al-Khindi SMK Jengka 2.




[1] Temu ramah dengan Raja Shamri Raja Husin pada 15 Ogos 2016 di SMK Jengka 2
[2] Ibid

No comments:

Post a Comment