Ad

Friday, 4 September 2020

KUFC tumbang di Kota Bharu

Oleh KOSMO!

5 September 2020, 12:13 am

Oleh YATIMIN ABDULLAH

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tumpas 0-2 kepada Kuala Lumpur dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Turun dengan misi melakar kemenangan, KUFC terlebih dahulu menguji barisan pertahanan pelawat dengan melakukan serangan awal namun gagal menepati sasaran.

Bagaimanapun, bangkit dengan aksi lebih kemas untuk menguasai perlawanan dan hampir menerobos gawang tuan rumah menerusi sepakan percuma pemain vateran Indra Putra Mahyuddin pada minit ke-30 namun sekadar menggegar palang.

Empat minit berselang, giliran tuan rumah memperoleh peluang untuk menjaringkan gol pertama, bagaimanapun tandukan kencang Gasamma Alfusainey sedikit tersasar dari gawang pelawat.

Dominasi Kuala Lumpur berterusan selepas itu menerusi beberapa gerakan menarik namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.


Bersambung babak kedua, Indra Putra sekali lagi mencuri tumpuan apabila hampir berjaya memecahkan kebuntuan jaringan, namun rembatan kencangnya dari dalam kotak penalti berjaya ditepis dengan cemerlang oleh penjaga gawang KUFC Mohd. Shahrizan Ismail.


Kebuntuan jaringan pada perlawanan itu akhirnya dileraikan oleh kapten pelawat Paulo Josue selepas tenang menyudahkan hantaran rakan sepasukan untuk gol pertama The Hawk pada minit ke-63.


Menuju minit-minit akhir perlawanan Paulo Josue terus mempamerkan ketajaman penyudah dengan meledakkan jaringan kedua menerusi sepakan percuma cantik untuk menewaskan Mohd. Shahrizan di pintu gol KUFC.


Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan KUFC kempunan meraih tiga mata. SUMBER– K! ONLINE

No comments:

Post a Comment