SUKAN»Bola
Selasa, 1 September 2020 | 8:50pm
Sumareh didakwa akan beraksi di Thai League 1.
Police Tero FC sambar Sumareh?
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan Mohamadou Sumareh seakan hampir terjawab selepas pemain itu dikatakan akan berkelana di bumi Thailand bersama kelab Police Tero FC.
Khabar angin itu bertiup kencang di media sosial Thailand dengan ada laman sukan yang mendakwa Sumareh sudah sah akan menyarung jersi bekas juara Thai League 1 itu.
Laman Facebook Everything Thai Football (ETF) memuat naik gambar Sumareh berserta kenyataan: "Sumber ETF mengesahkan bahawa Mohamadou Sumareh akan menjadi pemain baharu Police Tero. Pengumuman rasmi dijangka dibuat tidak lama lagi."
Khabar angin itu kemungkinan besar tepat kerana berdasarkan kemaskini dari Liga Thai, saingan liga mereka akan bersambung pada bulan ini dan jendela perpindahan masih terbuka sehingga 7 September ini.
Jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) yang sudah tertutup untuk musim ini juga menguatkan lagi spekulasi itu kerana pemain seperti Sumareh tidak mungkin hanya mahu 'duduk diam' hingga musim depan.
Namun, ada juga dakwaan bahawa Police Tero mungkin hanya persinggahan sementara Sumareh sebelum dia menyertai salah satu kelab gergasi Liga M.
Lebih menarik, Sumareh yang juga pemain naturalisasi pertama negara bakal bergandingan dengan pertahanan muda Malaysia, Dominic Tan yang menyertai Police Tero sejak tahun lalu.
Sebelum ini, Sumareh didakwa sudah membatalkan kontraknya bersama Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menerusi klausa 8.7 yang terkandung dalam kontrak pemain.SUMBER-BH ONLINE
SUKAN»Bola
Isnin, 7 September 2020 | 7:24pm
Police Tero FC umum Sumareh sah akan beraksi bersama pasukan itu.
Pahang gigit jari, Sumareh sah sertai Police Tero
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh sah akan beraksi di Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC.
Pengumuman itu dibuat oleh kelab berkenaan menerusi Facebook mereka hari ini, dengan Sumareh akan menyarung jersi nombor 13.
"Police Tero FC mengesahkan mengikat Sumareh, pemain Malaysia-Gambia akan menyertai pasukan dan menambahkan kekuatan bagi saingan (liga) Thai Toyota.
"Liga 2020/21 akan kembali bersambung pada 12 September. Sumareh akan memakai (jersi) nombor 13 untuk Police Tero FC bagi saingan Liga Thai," kata kelab berkenaan.
Selain mengesahkan kehadiran Sumareh dalam pasukan itu, Police Tero turut memuat naik video ringkas ucapan daripada pemain berusia 25 tahun itu.
"Kepada semua penyokong Police Tero, saya Mohamadou Sumareh, jumpa anda nanti di Bangkok," kata Sumareh.
Sebelum ini, Sumareh mencetuskan kontroversi apa dilaporkan tidak menyertai latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan lalu.
Terdapat dakwaan bahawa dia bertindak demikian kerana masalah pembayaran gaji dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
Malah, Sumareh didakwa sudah membatalkan kontrak bersama Tok Gajah dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.SUMBER-SUKAN BH ONLINE
No comments:
Post a Comment