Ad

Monday, 7 September 2020

Tok Gajah bakal rombak pasukan

SUKAN»Bola

Isnin, 7 September 2020 | 11:36am

Pemain UiTM FC, Rabih Ataya (kiri) membuat percubaan sambil diasak pemain Pahang, Muhama Fazly Mazlan dalam perlawanan Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam, kelmarin. - NSTP/Muhd Asyraf Sawal

Pemain UiTM FC, Rabih Ataya (kiri) membuat percubaan sambil diasak pemain Pahang, Muhama Fazly Mazlan dalam perlawanan Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam, kelmarin. - NSTP/Muhd Asyraf Sawal

Tok Gajah bakal rombak pasukan

Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.c

SHAH ALAM: Ketiadaan Mohamadou Sumareh mula dirasai pasukan Pahang selepas skuad Tok Gajah tewas 0-1 di tangan UiTM FC dalam aksi Liga Super di sini, kelmarin.


Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui kecederaan yang dihadapi tonggak utama, selain ketiadaan Sumareh mewujudkan kelemahan utama pasukannya di bahagian tengah dan serangan.


Justeru, bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu berkata akan melakukan sedikit rombakan di dua bahagian itu untuk mengharungi aksi akan datang berdepan pasukan tangga tercorot PDRM di Kuantan, Sabtu ini.


"Sebelum perlawanan saya memang khuatir dengan pasukan Pahang sebab ramai pemain cedera. Hari ini (kelmarin) saya letak juga Dickson (Nwakaeme) bermain di bahagian depan, tapi nampaknya dia tak boleh tunjukkan prestasinya dalam keadaan kesakitan.


"Saya tiada masalah dengan bahagian pertahanan, cuma hari ini (kelmarin) sebenarnya bahagian tengah dan serangan serba tidak menjadi. Pada 15 minit awal kita nampak macam nak menjaringkan gol, namun selepas itu saya lihat kita seakan hilang punca.


Pemain UiTM (kiri) meraikan gol ketika bertemu Pahang dalam perlawanan Liga Super di Stadium UiTM, Shah Alam, kelmarin. - NSTP/Muhd Asyraf Sawal

"Banyak hantaran kita serba tak menjadi dan mungkin saya akan buat rombakan sedikit. Setakat ini Dickson cedera, Carlos pun cedera, dengan ketiadaan Sumareh, jadi kena berlaku juga rombakan sedikit khasnya di bahagian tengah dan serangan," katanya.


Ia adalah kekalahan kedua yang dialami Pahang selepas Liga Malaysia (Liga M) kembali bersambung apabila mereka turut tewas kepada juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT), minggu lalu.


Kekalahan itu menyaksikan Pahang kekal mengumpul enam mata dan berada di kedudukan kelapan Liga Super dengan saingan masih berbaki lima perlawanan.SUMBER BH ONLINE

No comments:

Post a Comment