Ad

Sunday, 6 September 2020

TUN IBRAHIM ISMAIL MENINGGAL DUNIA

 

KUALA LUMPUR 2010-- Iman Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad membaca doa semasa mengetuai sembahyang jenazah Allahyarham bekas Panglima Angkatan Tentera Tun Ibrahim Ismail, 88, di Masjid Negara semalam.

Turut kelihatan (dari, kanan) Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad; Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar; Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 4.40 pagi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan hari ini kerana sakit tua.Allahyarham merupakan Anak Tempatan ketiga yang telah di lantik menjadi Panglima Angkatan Tentera bermula 1 Julai 1970 sehingga 30 November 1977.Jenazah di kebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Asar.

No comments:

Post a Comment