ARKIB : 06/11/2009
Dalam keadaan huru hara itu
tentera Muslimin tidak dapat dikawal lagi. Banyak tentera Muslimin mati dalam
serangan tentera Quraisy. Rasulullah sendiri berada dalam keadaan yang sangat
bahaya.
Tentera Quraisy pula telah
menghebahkan perkhabaran palsu mengatakan baginda telah terbunuh dalam
peperangan itu. Keadaan inilah yang menyebabkan tentera Muslimin bertambah
kucar-kacir.
Ramai di antara orang Islam yang
mula berputus asa apabila mendengar khabar angin tersebut. Tetapi mereka terus
berhadapan dengan musuh sehingga ke saat akhir.
Sesetengah daripada tentera
Muslimin yang mengetahui kedudukan sebenar hanya bertahan semata-mata untuk
menjaga keselamatan Rasulullah.
Berita palsu itu jugalah yang
menyebabkan tentera Quraisy menghentikan serangan terhadap tentera Muslimin.
Mereka berasakan cita-cita mereka sudah berjaya kerana Rasulullah sudah
dibunuh. Manakala baginda telah melarang seorang sahabatnya daripada memberitahu
tentera Muslimin bahawa baginda masih hidup.
Baginda berbuat demikian dengan
tujuan supaya tentera Quraisy percaya kepada perkhabaran itu dan berundur dari
medan peperangan.
Ramai tentera Muslimin yang
terkorban, iaitu lebih daripada 70 orang. Rasulullah bersama sahabat-sahabatnya
seperti Abu Bakar, Umar dan Ali telah berjuang bermati-matian.
Baginda sendiri mendapat luka dan
sebatang gigi baginda telah patah. Mereka telah menunjukkan keberanian dalam
peperangan itu. Kota Madinah akhirnya tidak berjaya ditawan oleh tentera
Quraisy.
Setelah selesai peperangan itu,
mayat tentera-tentera Islam yang gugur dalam peperangan tersebut dikumpulkan di
suatu tempat. Rasulullah sendiri menyembahyangkan mayat-mayat itu dan baginda
kemudiannya memerintahkan tentera Muslimin mengkebumikan mayat-mayat tersebut.
Peristiwa kekalahan dalam
peperangan Uhud ini menyebabkan tentera-tentera Muslimin lebih berhati-hati
apabila berhadapan dengan musuh terutamanya kaum Quraisy yang menentang Islam.
lPetikan daripada buku 366
Kisah-kisah daripada Al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz5YcA6WWPD
© Utusan Melayu (M) Bh
No comments:
Post a Comment