Ad

Tuesday, 25 December 2018

Etika Peperangan dalam lslam

oleh-Ahmad bin Yaakob
Etika Peperangan dalam lslam ialah mematuhi perintah Allah swt serta mencari keredaannya.[3]
1.Secara amnya, etika peperangan dalam Islam terbahagi kepada tiga mengikut situasi, iaitu:
(a) etika sebelum peperangan.
(b) etika semasa peperangan.
(c) etika selepas peperangan.
2 Dalam usaha memenuhi misi-misi peperangan, Islam telah menggariskan beberapa prinsip dan kaedah umum dalam jihad atau dengan perkataan lain etika yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang.
Antara etika tersebut adalah:
(a) Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya.
Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur wilayah  Hirah. Beliau telah memberi  tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu menganut Islam, berdamai ataupun berperang.
(b) Membayar cukai jizyah
Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar c:ukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.
(c) Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera
Islam hanya memrnggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.
(d) Mentaati arahan pemimpin atau ketua
Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan
posisi yang ditetapkan).
(e) Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya
Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.
(f) Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali darurat
Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta'if, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.
(g) Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah
Sesuai dengan pilihan-pilihan yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau
mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.
(h) Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
Antara larangan tersebut ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w di medan Perang Uhud.
(i) Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati
Oleh sebab itulah ketika Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 H, meskipun fasal-fasal dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun Rasulullah s.a.w mempunyai misi yang tersendiri.Sikap musuh Islam yang melanggar gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w mengetuai tentera Islam membuka kota Makkah pada tahun 8 H.
j. Tawanan perang akan dilayan dengan baik
Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh, Rasulullah s.a.w tidak menerima cadangan itu sebaliknya baginda menggunakan kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai musuh Islam menerima agama Islam.



.
[3] Mohd Sukki Othman dan Wan Muhammad  Wan Sulong ,Teks Pra U STPM Sejarah Penggal 2, (Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn. Bhd, 2014), 122.

No comments:

Post a Comment