ARKIB : 16/02/2010
ASMA binti Salamah adalah isteri
kepada Ayyasy bin Abi Rabiah al-Makhzumi. Perkahwinan mereka dianugerahkan
dengan anak lelaki yang bernama Abdullah bin Ayyasy.
Asma dan suaminya tinggal di
Mekah. Pada awal keislaman. Mereka sentiasa ditindas dan diseksa oleh orang
kafir Quraisy Mekah. Penindasan itu telah menyebabkan orang Islam Mekah berhijrah
ke Habsyah. Ini termasuklah Asma dan suaminya. Mereka berdua turut berhirah ke
Habsyah bagi menyelamatkan diri daripada terus diseksa oleh kafir Quraisy.
Semasa di Habsyah, Asma dan
suaminya hidup dengan aman dan bahagia. Sehingga pada suatu hari mereka
mendapat tahu berita bahawa orang Quraisy sudah memeluk Islam. Mereka pulang ke
Mekah dengan hati yang gembira. Namun berita yang mereka terima itu adalah
palsu. Akhirnya mereka berhijrah pula ke Madinah.
Asma seorang isteri yang baik.
Dia taat kepada suaminya. Namun satu hari Ayyasy berasa bersalah kepada
isterinya kerana menyembunyikan sesuatu.
Lalu berkata dia kepada
isterinya: "Wahai Asma, saya rasa bersalah kerana telah melakukan satu
perkara yang penting tanpa memberitahu awak."
Asma terkejut mendengar
penjelasan suaminya. Selama dia berkahwin, suaminya tidak pernah berahsia
dengannya.
"Apakah yang telah awak
lakukan?" Tanya Asma tidak sabar-sabar mendengar jawapan dari suaminya.
"Saya harap awak tidak
terkejut dengan berita yang akan saya sampaikan ini," kata suaminya.
"Baik. Segera beritahu
kepada saya," kata Asma lagi.
"Saya sudah memeluk agama
Islam. Saya adalah pengikut Nabi Muhammad," kata suaminya.
Asma menerima berita itu dengan
rasa gembira. Lalu dia berkata kepada suaminya, "Benarkah? Saya juga ingin
memeluk agama Islam. Saya juga ingin berbaiah dengan Nabi Muhammad."
Ayyasy bersa lega kerana
isterinya dapat menerimanya sebagai seorang Islam. Dia pun berkata:
"Syukur, awak juga terbuka hati untuk menjadi orang Islam."
Asma adalah seorang pelapor
hadis. Dia telah melaporkan hadis dari Nabi Muhammad. Terdapat beberapa orang
juga turut melapor hadis darinya. Antaranya termasuk anaknya yang bernama Abdullah
bin Ayyasy dan seorang sahabat wanita yang bernama ar-Rubayyi' binti Muawwidz.
Nabi Muhammad juga menghormati
Asma dan suaminya. Nabi Muhammad pernah datang ke rumah Ayyasy bagi menziarah
orang sakit. Begitu juga dengan Asma dan suaminya yang pernah datang ke rumah
Nabi Muhammad.
Suatu hari, Asma dan suaminya
pergi membawa anaknya yang sakit ke rumah Nabi Muhammad. Anaknya masih kecil.
"Wahai Nabi Muhammad. Tolong
ubatkan anak saya ini. Dia sakit. Saya tidak sanggup melihatnya menderita
kesakitan," kata Ayyasy kepada Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad bersimpati terhadap
anak kecil itu lalu menadah tangannya berdoa: "Ya Allah sembuhkanlah anak
kecil ini dari sakitnya."
Selepas selesai Nabi Muhammad
berdoa, beliau meniupkan ke atas badan anak kecil itu. Anak Asma nampak segala
perbuatan Nabi Muhammad. Selepas itu anak tersebut cuba meniru gaya yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad tadi. Anak itu melakukan perbuatan Nabi Muahammad
tadi secara berulang-ulang.
"Tidak baik awak mengajuk
dan meniru cara Nabi Muhammad merawat awak itu," kata seorang sahabat yang
berada di rumah Nabi Muhammad.
Orang yang terdapat di dalam
rumah Nabi Muhammad pada ketika itu turut memarahi dan melarang anak kecil
tersebut daripada terus-menerus meniru gaya Nabi Muhammad.
Melihat keadaan itu, Nabi
Muhammad berkata: "Tidak mengapa. Biarkan anak itu meniru perbuatan saya
tadi. Kita sepatutnya berlaku baik terhadap anak yang masih kecil. Jangan kita
memarahi mereka. Kita perlu mengasihi dan menyayangi anak-anak."
Kesemua ahli keluarga Nabi
Muhammad dan beberapa orang yang berada di situ akur dengan kesilapan yang
mereka lakukan. Mulai pada hari itu mereka sentiasa mengasihi dan menyayangi
anak-anak yang masih kecil.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm#ixzz5ZqnfwCQm
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment