OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pemerintahan wilayah Khalifah
Uthmaniyah
a.Memandangkan sistem pemerintahan
dan pentadbiran kerajaan Uthmaniyah mirip pentadbiran Byzantine, setiap
wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggung jawab mentadbir tanah
kurniaan yang luas yang akan dikendalikan oleh para petani.
Kadi merupakan ketua agama bagi setiap
daerah.Tugas utama pengawai berkenaan adalah mengendalikan hukum jenayah dan
sivil berdasarkan syariah Islam yang berpandukan al-Quran dan hadis.[1]
Multezim pula bertanggungjawab mengutip
semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu. Sebahagian daripada hasil kutipan
tersebut diserahkan kepada perbendaharaan negara. Dalam waktu yang sama, pegawai
kerajaan diberikan kuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai bakshish
untuk perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.[2]
Golongan intelektual muslim
bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan wakaf untuk untuk
menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia Muslim. Kadangkala
golongan ini berperanan sebagai orang tengah antara rakyat dengan cabang-cabang
lain dalam kelas pemerintahan.[3]
[1]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2, (Shah
Alam:Oxford Fajar.2013) ,63
[2]Mahayudin
Hj. Yahya et. Al., Ace Ahead Teks STPM Sejarah Islam (500-1918) Penggal 2,Edisi
Ketiga,(Shah Alam:Oxford Fajar.2017),72.
No comments:
Post a Comment