MyMetroArena
Farizal
Marlias (penjaga gol) rating 8/10
Meskipun
gawang negara dibolosi dua kali pada babak pertama, Farizal tetap memainkan
peranan besar pada perlawanan ini. Dia berjaya menyelamatkan beberapa percubaan
bahaya Vietnam termasuk ketika berdepan situasi satu lawan satu dengan Ha Duc
Chinh.
Amirul Azhan
Aznan (bek kanan) rating 6/10
Turun buat
kali pertama bagi menggantikan Syahmi Safari. Berjaya mengekang serangan
Vietnam namun kurang membantu Mohamadou Sumareh ketika menyerang kecuali satu
peluang menerusi satu hantaran lintang menarik.
Irfan Zakaria
(bek tengah) rating 6/10
Beraksi lebih
baik berbanding ketika menentang Thailand pada separuh akhir kedua. Namun
beberapa kali nampak goyah ketika diasak penyerang Vietnam tapi sumbangannya
paling bermakna adalah ketika menghalang Phan Van Duc melakukan rembatan dalam
kotak penalti.
Shahrul Saad
(bek tengah) rating 9/10
Pemain paling
konsisten Malaysia dalam kempen kali ini. Berjaya beberapa kali menyelamatkan
situasi bahaya termasuk ketika perebutan bola tinggi. Gol pertamanya menjadi
pencetus kebangkitan Malaysia dalam perlawanan ini.
Nazirul Naim
Che Hashim (bek kiri) rating 6/10
Bermain agak
efektif pada awal perlawanan namun kesilapannya ketika mengeluarkan bola
hantaran lintang memberi ruang kepada Vietnam menghasilkan gol pertama. Terpaksa
dikeluarkan pada babak pertama akibat kecederaan.
Akram Mahinan
(pemain tengah) rating 6.5/10
Menguasai
bahagian tengah namun di penghujung permainan permainanannya mula merosot dan
hilang fokus selepas kehilangan bola.
Syamer Kutty
Abba (pemain tengah) rating 7/10
Pemain yang
cukup rajin untuk memenangi bola dan bijak mencari ruang untuk mengeluarkan
bola meskipun diasak pemain Vietnam di bahagian tengah. Sepakan percuma yang
diambilnya menjadi punca gol pertama Malaysia.
Mohamadou
Sumareh (Pemain sayap) rating 6.5/10
Melaksanakan
tugas seperti biasa melarikan bola masuk ke dalam kotak penalti. Kelincahannya
mengundang masalah kepada Vietnam namun ada ketika menyimpan bola terlalu lama
sehingga mudah dikawal pemain lawan.
Safawi Rasid
(Pemain sayap) rating 7.5/10
Secara
keseluruhan, Safawi belum beraksi di prestasi terbaik dan kesilapannya
kehilangan bola di bahagian tengah menjadi punca gol pertama Vietnam. Tapi gol
penyamaan menerusi sepakan percuma membuktikan dirinya masih menjadi aset
penting kepada pasukan negara.
Norshahrul
Idlan Talaha (Penyerang) rating 6/10
Mat Yo jelas
langsung tidak diberi ruang oleh pemain Vietnam. Dia dikawal ketat dengan cukup
agresif dan adakala kelihat kecewa apabila tidak mendapat sokongan rakan
sepasukan. Digantikan dengan Akhyar Rashiod setengah jam sebelum permainan
tamat.
Zaquan Adha
Abd Radzak (Penyerang) rating 6/10
Tidak
dinafikan ketua pasukan negara ini cukup rajin di atas padang namun kurang
efektif sebagai penyerang utama untuk memegang bola di bahagian atas.
Akhyar Rashid
– 6/10
Menggunakan
kepantasannya untuk melakukan larian ke kawasan Vietnam namun sukar melakukan
hantaran untuk menemui rakan sepasukan.
Adam Nor Azlin
– 6/10
Dibawa masuk
bagi menggantikan Nazirul Naim. Tidak banyak membantu bahagian atas ketika
menyerang dan menerima kad kuning sebaik dimasukkan.
Syafiq Ahmad –
6.5/10
Dimasukkan
menggantikan Amirul tapi tugasnya lebih kepada menyerang dalam usaha Malaysia
memburu gol. Hampir menjadi wira menjaringkan gol kemenangan tapi sepakan
percumanya ditepis keluar penjaga gol Vietnam.
SUMBERArtikel
ini disiarkan pada : Rabu, 12 Disember 2018 @ 10:49 PM
No comments:
Post a Comment