Ad

Saturday, 31 August 2019

Baddrol Pemain Terbaik Jun


 BADDROL BAKHTIAR
BADDROL BAKHTIAR
19 Ogos 2019 8:20 PM

ALOR SETAR 19 Ogos - Kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Super anjuran Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) asiana.my bagi bulan Jun.

Baddrol mendapat undian tertinggi iaitu 9,836 undi menewaskan pemain Selangor FA, Ifedayo Olusegun yang memperoleh 6,037 undi diikuti pemain Terengganu FC, Sanjar Shaakhmedov (4,235 undi), pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid (2,076 undi) dan Ronaldo Henrique Silva dari Perak FA yang memperoleh 2,051 undi.


Baddrol yang kali ketiga merangkul anugerah tersebut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, trofi, sebingkai gambar, jersi khas dan gel sukan yang disampaikan Eksekutif Perundangan PFAM, Azzairi Rosle di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini.

Sementara itu, Baddrol berkata anugerah yang diterima hari ini akan menjadi motivasi buat dirinya untuk bermain dengan sepenuh hati pada perlawanan Piala Malaysia menentang PKNS FC malam esok di Stadium Darul Aman.

“Ini merupakan anugerah buat pasukan Kedah dan bukan atas individu kerana pasukan serta pengurusan telah banyak membantu saya. Ini akan dijadikan sebagai motivasi untuk memantapkan pemainan esok dan fokus utama adalah untuk memperoleh tiga mata penuh.

“Esok kita main di laman sendiri jadi tiada tekanan dan kami (pasukan) nekad dan impikan kemenangan mata penuh. Siapa pun yang akan turun bermain esok, saya harap dapat main dengan penuh semangat sepanjang tempoh perlawanan,” katanya. – BERNAMA SUMBER- UNTUSAN ONLINE 19 Ogos 2019 8:20 PM



Hazwan, Faiz dan Jefri digugurkan

 PENYERANG Malaysia, Ahmad Hazwan Bakri ketika mengasak pemain
PENYERANG Malaysia, Ahmad Hazwan Bakri ketika mengasak pemain Jordan pada perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.-BERNAMA
31 Ogos 2019 2:25 PM

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Hazwan Bakri menjadi antara tiga pemain yang digugurkan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelang aksi Pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Kelibat Hazwan yang dipanggil menyertai skuad negara sebelum ini turut mendapat pandangan negatif daripada peminat-peminat bola sepak negara dengan menyifatkan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu tidak berada dalam prestasi terbaik, selain sekadar memanaskan bangku simpanan dalam saingan liga tempatan.


Turut menyertai Hazwan dalam senarai pemain yang digugurkan adalah Faiz Nasir dan Jafri Firdaus Chew.

““Hazwan kita tahu dia seorang penyerang yang berkaliber tetapi kurang beraksi dan sebab itulah dia tidak dapat mengekalkan prestasi dan tempo perlawanan antarabangsa. Kita akan beri dia peluang pada masa akan datang dan memantau prestasinya dalam saingan Piala Malaysia nanti.

“Faiz pula disebabkan dia mengalami demam dan badannya agak lemah sedikit. Jadi kita terpaksa tinggalkan dia untuk ke Jakarta nanti.

“Sementara Jafri, kita panggil dia untuk memberi peluang kepadanya bersaing di bahagian serangan. Tapi saya rasa dia perlu bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan,” kata Cheng Hoe.

Skuad negara menghadapi perlawanan sulung Kumpulan G, Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta pada 5 September 2019.

Pertemuan menentang pa­sukan Jordan yang berada di ranking ke-99 dunia itu dalam aksi persahabatan, semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan Harimau Malaya tewas 0-1 tetapi ia menjadi pentas terbaik Cheng Hoe untuk mencari kombinasi yang akan digunakan sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.


Selain Indonesia, Malaysia turut diletak bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand dalam Kumpulan G. - UTUSAN ONLINE31 Ogos 2019 2:25 PM

Shahrul tiada masalah dengan Adam

PEMAIN Harimau Malaya memberi penghormatan kepada penyokong yang
PEMAIN Harimau Malaya memberi penghormatan kepada penyokong yang menyanyikan lagu Negaraku dalam aksi persahabatan menentang Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. - BERNAMA
31 Ogos 2019 8:52 PM

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Kapten Perak, Shahrul Mohd. Saad tetap selesa digandingkan bersama Adam Nor Azlin di bahagian pertahanan skuad Harimau Malaya meskipun pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu gemar menampilkan permainan berisiko.

Gandingan itu yang masing-masing memiliki gaya tersendiri berjaya mewujudkan kombinasi positif ketika Malaysia membelasah Timor Leste 12-2 dalam dua aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Jun lepas.


Namun, kedudukan Adam kini mula dipersoal peminat berikutan prestasi membimbangkan pada aksi persahabatan antarabangsa berdepan Jordan semalam, selepas bekas pemain Selangor itu didakwa tidak bermain pada tahap terbaik seperti sebelum ini.

Biarpun berbeza pendekatan bertahan, Shahrul, yang dinobatkan sebagai Pertahanan Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018, berkata Adam merupakan seorang pemain yang positif dan mereka berdua sering berkomunikasi dalam permainan.

“Saya tiada masalah dengan Adam dan tidak akan ada masalah dengan mana-mana gandingan sekali pun. Dia (Adam) sungguh positif dan sangat membantu selain kami sering bercakap mengenai cara untuk mantapkan lagi barisan pertahanan negara.

“Saya berharap sangat bila bertemu Indonesia nanti kami akan lebih fokus dari segi barisan pertahanan,” katanya selepas perlawanan yang menyaksikan Malaysia tewas 0-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Pada masa sama, ketua jurulatih,Tan Cheng Hoe menggesa Shahrul dan Adam bangkit meningkatkan prestasi menjelang pertemuan dengan Indonesia pada aksi pembukaan Kumpulan G saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Khamis depan.

“Banyak lagi yang perlu dipertingkatkan kerana dua pertahanan tengah merupakan benteng terakhir pasukan. Mereka berdua perlu ada satu kombinasi yang baik dan kena lebih banyak bersuara memberi arahan daripada bawah,” jelas pengendali berusia 51 tahun itu.


Partiban, Brendan tarik perhatian Cheng Hoe

 
MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

AKSI cemerlang dua pemain Perak, Brendan Gan dan J Partiban pada perlawanan final Piala FA bulan lalu, berjaya memikat pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk disenaraikan antara 27 pemain yang menyertai kem latihan pusat skuad negara menjelang pertemuan menentang Jordan, Indonesia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) nanti.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan media memaklumkan Cheng Hoe turut mengekalkan 18 pemain yang sebelum ini beraksi cemerlang menentang Timor Leste pada aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pemain lain yang turut dipanggil antaranya penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan Syahmi Safari (Selangor) yang sebelum ini terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.


Aksi Partiban (kiri) ketika mewakili Perak dalam saingan Liga Malaysia. FOTO File NSTP
Selain Nazirul Naim Che Hashim (Perak), dua pemain Felda United iaitu Hadin Azman dan Danial Amier Norhisham, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Ahmad Hazwan Bakri dan Jafri Firdaus Chew (PKNS FC).

Lima pemain yang digugurkan adalah Syazwan Andik Ishak (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Syazwan Zainon (Selangor), Kenny Pallraj (Perak) dan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin (PKNS FC).

Cheng Hoe akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain selepas perlawanan menentang Jordan pada 30 Ogos ini untuk dibawa ke Jakarta, Indonesia.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Indonesia pada 5 September untuk pertemuan sulung Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 seterusnya pulang semula ke tanah air untuk aksi berikutnya menentang UAE pada 10 September depan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 8:40 PM


Jordan atasi Harimau Malaya [METROTV]


MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

SKUAD Harimau Malaya tidak goyah bertemu lawan pasukan di kedudukan ranking ke-99 Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) apabila sekadar tewas tipis 0-1 pada perlawanan persahabatan bertemu Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe tampil meyakinkan apabila mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan dari Timur Tengah sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Cuma sedikit kesilapan pertahanan negara yang gagal mengekang serangan pada babak awal separuh masa pertama perlawanan membolehkan kapten Jordan Said Morjan menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit ke 7.

Jelas kesilapan terbabit diperbaiki segera barisan pemain Cheng Hoe dengan memperkemaskan lagi pertahanan dan bahagian tengah namun ketumpulan bahagian serangan menafikan mereka untuk menggegarkan gawang lawan hingga tamat separuh masa pertama.


Pemain Malaysia, Muhammad Syafiq Ahmad, melakukan hadangan kepada pemain Jordan ketika perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium National Bukit Jalil. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Separuh masa kedua bermula menyaksikan Harimau Malaya menyusun strategi dengan mengatur serangan daripada semua bahagian.

Harimau Malaya hampir menyamakan kedudukan menerusi Norshahrul Idlan Talaha hasil umpanan Safawi Rasid namun rembatan penyerang Pahang itu berjaya ditepis penjaga gol Jordan, Yazeed Abulaila sekali gus memberi kelegaan kepada pengendalinya Vitak Borkelmans.

Safawi yang juga bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) turut hampir mencetak nama sebagai penjaring gol namun sepakan percumanya sedikit tersasar sekali gus mengecewakan hampir 14,000 penyokong yang hadir di stadium.

Cheng Hoe dilihat lebih memberi tumpuan mencari keserasian dan barisan pemain terbaik untuk dibawa ke Indonesia bagi menghadapi perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 membuat pertukaran lima pemain membabitkan jentera serangan dan sayap namun gagal merobek gawang lawan sekali gus keputusan kekal hingga tamat perlawanan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 10:54 PM

Indra terkilan tak dapat bantu City Boys

MyMetroArena

Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my

PENYERANG veteran, Indra Putra Mahyuddin akui kecewa apabila gagal membantu Kuala Lumpur mara ke separuh akhir Piala Cabaran 2019.

Menurutnya, jika diteliti skuad The City Boys dengan reputasi pasukan Liga Super dilihat antara pencabar dengan barisan pemain berkualiti.

"Sudahlah tidak dapat kekal di Liga Super, dalam Piala Cabaran 2019 pun kita tidak dapat hendak bersaing. "Perkara ini amat mengecewakan saya. Tidak tahu di mana silapnya dan masalahnya. Dengan pengurusan yang baik pun pemain masih belum dapat berikan yang terbaik. Saya sendiri pertama kali berdepan perkara sebegini," katanya.

Kekecewaan Indra Putra ada asasnya kerana pernah mengecapi pelbagai kejayaan bersama beberapa pasukan diwakili sebelum ini termasuk memenangi trofi juara treble iaitu Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA ketika bersama pasukan Kelantan musim 2012 dan 2013.

Dalam perlawanan keempat kumpulan pada Rabu lalu, Kuala Lumpur tewas kepada UKM FC, 1-2 sekali gus kekalahan kedua kepada naib juara musim lalu itu yang mengaibkan mereka, 0-3 minggu lalu.

Skuad bimbingan, Rosle Md Derus kini di tangga ketiga Kumpulan B dengan tiga mata hasil satu kemenangan ke atas Selangor United.

Juara bertahan, Terengganu FC II (TFC II) dan UKM FC yang diundi dalam kumpulan sama mengesahkan tiket ke peringkat separuh akhir Piala Cabaran 2019 dengan 10 mata. "Pendapat saya, mungkin moral pemain jatuh selepas kami tersingkir dari Liga Super.

"Nak pulih semangat yang hilang ini mungkin perlu sedikit masa terutama bagi pemain yang pertama kali berdepan keadaan sebegini," katanya yang meledak lebih 100 gol dalam Liga Super sepanjang kariernya. Sementara itu, Indra Putra berkata, dia bersedia kekal menabur bakti untuk skuad warga kota itu selagi khidmatnya diperlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Ogos 2019 @ 11:05 PM

Cheng Hoe gugur tiga pemain untuk aksi menentang Indonesia

BERNAMA | | 31 Ogos 2019
 
Reaksi ketua jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe pada perlawanan persahabatan di antara Malaysia dan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA
KETUA jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Tan Cheng Hoe menggugurkan tiga pemain bagi melengkapkan senarai 24 pemain ke Jakarta pada aksi pembukaan Kumpulan G, pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal bulan depan.


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga pemain berkenaan adalah penyerang Johor Darul Ta'zim, Ahmad Hazwan Bakri (JDT), pemain tengah Selangor, Mohd Faiz Mohd Nasir (Selangor) dan penyerang PKNS FC, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

Untuk rekod, Malaysia tewas 0-1 kepada Jordan pada aksi persahabatan tier satu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, dengan Ahmad Hazwan dimasukkan pada minit ke-61, manakala Mohd Faiz dan Muhammad Jafri tidak diturunkan.


Malaysia bakal menentang Indonesia pada 5 September ini di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Mengulas mengenai keputusan menggugurkan tiga pemain berkenaan, Cheng Hoe menjelaskan Ahmad Hazwan terpaksa digugurkan memandangkan pemain berkenaan jarang diturunkan bersama JDT, sekaligus menjejaskan tempo permainannya bersama skuad kebangsaan.

"Mohd Faiz pula disebabkan dia mengalami demam dan badannya agak lemah sedikit, jadi kita terpaksa tinggalkan dia untuk ke Jakarta nanti, sementara Muhammad Jafri, kita panggil dia untuk memberi peluang kepadanya bersaing di bahagian serangan, tapi saya rasa dia perlu bekerja lebih keras lagi bagi mendapatkan tempat dalam pasukan kebangsaan,”jelas Cheng Hoe.

Pengendali berusia 51 tahun itu menegaskan peluang masih terbuka kepada ketiga-tiga pemain berkenaan untuk merebut kembali tempat dalam skuad kebangsaan, sekiranya mana-mana 24 pemain berkenaan mengalami kecederaan selepas kembali daripada Jakarta nanti.

Pada masa yang sama, Cheng Hoe mendedahkan keputusannya membawa 24 pemain berbanding perancangan asal 23 pemain sebelum ini adalah kerana beliau sedang memantau pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh yang masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pangkal pemain dialami pemain Pahang itu.

Beliau, bagaimanapun, memaklumkan hanya 23 pemain akan disenaraikan untuk aksi menentang Indonesia nanti.

Selepas menentang Indonesia, Malaysia bakal melayan kunjungan Emiriah Arab Bersatu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini.

Senarai 24 pemain:

Penjaga Gol: Mohd Farizal Marlias (JDT), Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)

Pemain Pertahanan: Adam Nor Azlin dan La'vere Corbin-Ong (JDT), Shahrul Mohd Saad dan Nazirul Naim Che Hashim (Perak), Matthew Davies (Pahang), Muhammad Syahmi Safari (Selangor), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Dominic Tan Jun Jin (PDRM FC)

Pemain Tengah: Mohamed Syamer Kutty Abba (JDT), Brendan Gan (Perak), Muhamad Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Muhammad Akram Mahinan (PKNS FC), Muhamad Danial Amier Norhisham (Felda United)

Pemain Sayap: Muhammad Safawi Rasid; Muhammad Akhyar Abdul Rashid (JDT), J. Partiban (Perak), Mohamadou Sumareh (Pahang), Muhammad Hadin Azman (Felda United)

Penyerang: Muhammad Syafiq Ahmad (JDT), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak), Norshahrul Idlan Talaha (Pahang). - Bernama
Artikel Penuh : SUMER-https://www.sinarharian.com.my/article/45815/BERITA/Sukan/Cheng-Hoe-gugur-tiga-pemain-untuk-aksi-menentang-Indonesia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Friday, 30 August 2019

MALAYSIA 0-0 JORDAN


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Malaysia 0-1 Jordan

PEMAIN MALAYSIA
01 FARIZAL MARLIAS
02 MATTHEW DAVIES
03 SHAHRUL SAAD 
08 AZAM AZIH    
15 ADAM NOR AZLIN
07 LAVERE CORBIN-ONG   
06 BRANDEN GAN    
16 HADIN AZMAN
11 SAFAWI RASID
09 NORSHARUL IDLAN TALAHA             
27 DANIEL AMIER
PEMAIN GANTIAN

Cheng Hoe pening

SUKAN»Bola
Khamis, 29 Ogos 2019 | 3:03pm
 
Cheng Hoe pening
Oleh Syafiq Aznan
syafiq.aznan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Mata untuk ranking Persekutuan Bolasepak Malaysia (FIFA) atau mencari kombinasi terbaik menentang Indonesia?

Itu dua perkara yang berlegar dalam fikiran pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menjelang aksi persahabatan menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Keputusan positif ke atas Jordan bakal menawarkan mata untuk Malaysia ‘memanjat’ tangga ranking, namun eksperimen masih perlu dilakukan untuk mencari kombinasi terbaik memandangkan Indonesia sedang menunggu mereka di Jakarta untuk aksi pertama Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, 5 September ini.

Namun, kedua-dua perkara itu jelas menjadi buruan Cheng Hoe untuk aksi itu di mana kemenangan tetap menjadi sasaran, selain cuba mendapatkan gandingan terbaik untuk berdepan Indonesia nanti.

“Perlawanan menentang Jordan adalah perlawanan ujian buat semua pemain dan mereka sedar tahap pasukan lawan yang akan kita hadapi malam esok.

“Perlawanan ini memberikan mata untuk ranking, jadi sudah tentu kita mahukan keputusan memberangsangkan dan kita masih mencari kombinasi yang terbaik di mana kita juga belum pasti untuk kesebelasan utama. Senarai 23 pemain akan diumumkan selepas aksi malam esok.

“Saya mahu pemain meningkatkan intensiti permainan dan tampil dengan persembahan lebih kemas serta turun dengan keyakinan yang tinggi,” katanya pada sidang media praperlawanan di Bukit Jalil, sebentar tadi.

Mengulas lanjut aksi bertemu pasukan di ranking ke-99 itu, Cheng Hoe jelas bersedia dengan sebarang kemungkinan ketika pasukan lawan dijangka  menurunkan barisan kedua sebagai persiapan mereka untuk bertemu Taiwan, minggu hadapan.

“Setakat ini, saya tahu mereka sudah mengumpulkan ramai pemain mereka untuk aksi malam esok. Sebagai jurulatih, kita perlu sentiasa fokus sama ada kita bertemu barisan utama ataupun barisan kedua.

“Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, ini adalah peluang terbaik buat kita kerana corak permainan Jordan lebih kurang sama dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

“UAE sememangnya berada pada tahap yang lebih tinggi tetapi kita tidak boleh memandang rendah Jordan kerana mereka juga antara pasukan terbaik di Timur Tengah,” katanya.

KETUA jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe pada sidang media perlawanan persahabatan antarabangsa Malaysia menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil jumaat ini. NSTP/Owee Ah Chun.  
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 29 Ogos 2019 | 3:03pm

Kedah sasar ke final Piala Emas Raja-Raja 2019

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | | 29 Ogos 2019
 
Akmal Rizal (kanan) memberikan arahan kepada pemain-pemainnya pada separuh masa pertama perlawanan persahabatan bertemu Liga Super Kedah sambil diperhatikan oleh Dr Ismail (tiga dari kanan).
A A                        
ALOR SETAR - Kedah menyasarkan untuk mara ke pentas final Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2019 berdasarkan persiapan rapi dan kelebihan selaku tuan rumah pada tahun ini.


Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, The Keris diperkuatkan oleh pemain Piala Presiden Kedah, pemain Piala Belia Kedah dan pemain yang dipilih dari Liga THB Kedah serta dibimbing Ketua Jurulatihnya, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Menurutnya, persiapan pada tahun ini dilihat lebih bersedia berbanding tahun-tahun lalu dan pihaknya masih mempunyai tempoh dua minggu lagi bagi memperkuatkan lagi pasukan mereka.


"Tahun ini kita mempunyai masa yang panjang dan bersiap lebih awal untuk menilai setiap pemain untuk diserapkan masuk ke dalam pasukan PBMK pada tahun 2019.



"Sebagai tuan rumah sudah tentu menjadi kelebihan buat Kedah namun kita juga perlu bersedia lebih awal. Tahun ini kami sasarkan untuk mara ke pentas final berdasarkan persiapan dan kemampuan yang ditunjukkan oleh pemain.

"Selepas beberapa perlawanan persahabatan yang dihadapi termasuk hari ini, kita sudah boleh menilai dan menentukan pemain-pemain kesebelasan utama.

"Ada beberapa lagi perlawanan persahabatan yang diaturkan sebelum kejohanan sebenar bermula pada 15 September," katanya kepada media selepas meninjau perlawanan persahabatan di antara pasukannya dan pasukan Liga Super Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Pada perlawanan tersebut, PBMK tewas 4-0 namun bagi Dr Ismail, ia memberikan pendedahan yang berguna kepada pemain-pemainnya yang majoritinya di bawah umur 25 tahun.

Tambahnya, PBMK menyeru peminat seluruh Kedah terutamanya di daerah Kubang Pasu untuk sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan tersebut yang akan beraksi di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Kedah diundi dalam Kumpulan D bersama Perak, Wilayah Persekutuan dan Perlis.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/45464/BERITA/Sukan/Kedah-sasar-ke-final-Piala-Emas-Raja-Raja-2019
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Thursday, 29 August 2019

Tak pasti ganti Sumareh


SAFAWI RASID dalam sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil
SAFAWI RASID dalam sidang akhbar di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini menjelang perlawanan persahabatan menentang Jordan esok. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Rozaidi Zulkifli

29 Ogos 2019 8:48 PM

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pemain sayap negara, Safawi Rasid menegaskan ketiadaan Mohamadou Sumareh yang mengalami kecederaan bukan jaminan untuknya mengisi kekosongan itu kerana beberapa pemain lain turut menunjukkan prestasi terbaik.

Tambahnya, antara pemain yang mampu mengisi tempat Sumareh adalah rakan sepasukannya di Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid, kapten Felda United, Hadin Azman dan Shahrel Fikri Md. Fauzi.


“Saya tidak tahu, bakal bermain esok atau tidak. Ketiadaan Sumareh bukan masalah buat pasukan negara kerana kita masih mempunyai ramai pemain yang dapat bermain di posisi itu.

“Antaranya saya sendiri, Akhyar, Hadin dan Shahrel Fikri. Untuk itu jurulatih (Tan Cheng Hoe) mempunyai pilihan untuk menurunkan sesiapa sahaja,” katanya dalam sidang media pra perlawanan persahabatan menentang Jordan esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jordan sebelum ini berjaya menundukkan Indonesia 4-1 dalam aksi persahabatan pada Jun lalu di Stadium King Abdullah Sports City.

Tambahnya, pengalaman beraksi menentang Jordan ketika bersama skuad bawah 23 tahun dalam saingan Kejuaraan AFC di China awal tahun lepas menyaksikan pasukan lawannya itu memiliki kekuatan dari segi fizikal dan corak permainan yang pantas.

“Mereka memiliki kekuatan dari segi fizikal tetapi bagi saya itu bukan masalah kerana jika semua pemain mampu menunjukkan semangat juang yang tinggi, pasti kita dapat keputusan positif.

“Sekarang semua pemain berada dalam prestasi terbaik dan sudah mula serasi dengan corak permainan yang diterapkan jurulatih,” jelasnya. – SUMBER UTUSAN ONLINE 29 Ogos 2019 8:48 PM


Tekad Hazwan bukti kemampuan


Muhd. Ardie Putra Suhaimi
27 Ogos 2019 8:00 AM
HAZWAN (tengah) mahu membuktikan pemilihannya bukanlah sia-sia
HAZWAN (tengah) mahu membuktikan pemilihannya bukanlah sia-sia dan bersedia untuk memberikan aksi terbaik bersama skuad Harimau Malaya.

PENYERANG Harimau Malaya, Ahmad Hazwan Bakri bersedia untuk memikat barisan kejurulatihan bagi membuktikan pemilihannya dalam skuad kebangsaan kali ini bukan sekadar 'melepaskan batuk di tangga'.

Sebagai rekod, ketua jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe telah dikritik susulan keputusannya menyenaraikan Hazwan dalam senarai ke kem latihan pusat untuk mengharungi kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 kerana tidak dapat minit permainan yang cukup bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.


Justeru, Hazwan berharap dapat diberikan peluang untuk membuktikan keupayaannya terutama ketika aksi antarabangsa bertemu Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat ini meskipun sedar saingan sangat kompetitif.

“Saya akui kurang mendapat minit permainan bersama JDT musim ini tetapi ia tidak menjadi masalah untuk saya mewakili skuad kebangsaan kerana intensiti serta sesi latihan di sini sangat tinggi.

“Saya sentiasa bersedia sekiranya diturunkan tetapi keputusan tersebut terletak di tangan jurulatih. Harus diingat sai­ngan merebut tempat dalam kesebelasan utama agak sukar dengan kualiti yang ada pada jentera serangan kali ini.

“Apa yang pasti, sesiapa sahaja yang diturunkan perlu memberikan aksi seratus peratus dalam misi melakar keputusan positif ke atas Jordan kerana kita akan bertemu Indonesia,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Kuala Lumpur semalam.

Selepas saingan bertemu Jordan, skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Sang Garuda di ge­langgang keramat, Stadium Gelora Bung Karno pada aksi pertama peringkat Kumpulan G pada 5 September depan.

Dalam perkembangan sama, Cheng Hoe me­ngakui sedikit resah apabila pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh masih belum cergas sepenuhnya kerana kece­deraan di bahagian pangkal paha.

“Situasi Sumareh masih lagi dipantau kerana kecederaan yang dialami ketika mewakili pasukan Pahang awal bulan ini. Saya harap dia sempat pulih dan cergas sepenuhnya sebelum aksi bertemu Jordan nanti,” katanya.
SUMBER-UTUSAN ONLINE 27 Ogos 2019 8:00 AM

Wednesday, 28 August 2019

PERSIDANGAN MALAYA MERDEKA DI LONDON

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Pada hari ini dalam tahun 1956, Persidangan Meja Bulat di antara wakil-wakil kerajaan Perikatan dan wakil-wakil Raja Melayu dengan pegawai-pegawai dari Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House, London untuk menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu telah diadakan.  Persidangan ini dinamakan Persidangan Malaya Merdeka. Persidangan ini telah mengambil masa selama 3 minggu dan masalah-masalah yang dibincangkan ialah:-

Malaya akan merdeka dalam lingkungan ‘British Komanwel’,
Hal ehwal kewangan, pentadbiran, keselamatan dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal luar negeri akan dipegang oleh menteri-menteri Persekutuan Tanah Melayu,
Penubuhan Jawatankuasa Bebas Kemerdekaan untuk mengkaji dan menyarankan perubahan dalam perlembagaan dengan tidak mengubah kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu.
Rombongan menuntut kemerdekaan Malaya ini diketuai oleh Y.T.M. Tunku Abdul Rahman dengan wakil-wakil dari Rakyat Malaya terdiri dari Dato' Abdul Razak bin Hussein, Dr, Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S.Lee, Tuan T.H. Tan dan Bahaman Shamsudin.  Wakil-wakil dari Raja-Raha Melayu pula terdiri dari  Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato' Mohd Seth. Sesungguhnya persidangan Malaya Merdeka di London pada hari ini dalam tahun 1956 telah membuka jalan untuk mendapatkan kemerdekaan penuh bagi Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan dalam satu upacara yang gilang gemilang pada 31 hb. Ogos, 1957.[1]           


[1] http://www2.arkib.gov.my/hids   

Tuesday, 27 August 2019

1993-KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1993 perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung pada 28 November 1993. Kedah muncul Juara baru Piala Malaysia setelah mengalahkan Singapura 2-0.
Kedah   2-0 Singapura.
m-12 Lee Kin Hong
m-68 Radhi Mat Din
PEMAIN KEDAH
Pemain: Ahmad Sobri Ismail, Tibor Szaban, Lee Kin Hong, Olubunmi Adigun (S. Thanasegar), Lee Thean Ewe, Lim Tong Kim (Manja Man), Radhi Mat Din, Feriza Ismail, Nidzam Adzha Yusof, Peter Nieketien, Faridzuan Che Hamid.
PEMAIN SINGAPURA.
Pemain: Abdul Malek Mohamed, NazeriNasir, JangJung, Lim Tong Hai, Saswadimata Dasuki (Steven Tan), Kadir Yahya, Malek Awab, Fandi Ahmad, Abbas Saad, V. Sundram Moorthy, Alistair Edwards.[1]



[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2012/10/liga-semi-pro-1993.html

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 1993.


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Sebagai peminat bola sepak Malaysia saya terus membuat Buku Srap Piala FA tahun 1993. Perlawanan akhir Piada FA tahun ini diadakan pada hari Sabtu 19 Jun , 1993 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Kepuitusan perlawanan;
KUALA LUMPUR 2-1 SABAH
m-38 Yap Wai Loon   m-76 Matlan Marjan
m-44 Loarance David
PEMAIN KUALA LUMPUR
Yap Kam Choon, Chow Siew Yai, Ahmad Faizal Abdul Aziz, K. Ramachandran, Amzanie Che Ani, Yap Wai Loon, Ahmad Fairuz Yunus, Zoran Nikolic, Loarance David, Shahrin Majid, T. Gopinath Naidu
SABAH
M. Pavalamani, Miroslaw Janu, Matussin Bowie, Gerald Mojiliu, Charles Tindi, Jekerison Kilan, Henry Arjun, Milomir Seslija, Matlan Marjan, Tim Bredbury, G. Raveychandran.[1]


[1] https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2012/10/liga-semi-pro-1993.html

Monday, 26 August 2019

1993 MALAYSIA 9-0 MACAU


      Malaysia mencipta sejarah apabila membenam Macau 9-0 dalam perlawanan ketiga pusingan pertama Pra Piala Dunia 1994. Gandingan penyerang veteran Zainal Abidin Hassan dan Azman Adnan memberi harapan kepada Malaysia untuk layak ke Pusingan Akhir Piala Dunia 1994.
MALAYSIA  9-0 MACAU
m-5,15,75 Azman Adnan
m-33,76 Azizol abu Hanifah
m-48,54 Mubin Mookhtar
m-44 A.Elanggovan
m-88 Zainal Abidin Hassan.
PEMAIN MALAYSIA
01 KHAIRUL AZMAN MOHAMAD
18 A.JAYAKHANTHAN
04 SEE KIM SENG
05 K.GUNALAN
06 AHMAD YUSUF
07 MALEK RAHMAN
11 P.MANIAM
12 AZIZOL ABU HANIFAH
15 MUBIN MOKHTAR
17 ZAINAL ABIDIN HASSAN
19 AZMAN ADNAN   
PEMAIN GANTIAN
09 DOLLAH SALLEH.[1]

[1] Malam Cukup Menjadi Bagi Mubin, Kuala Lumpur, Berita Harian, 7 Mei 1993.