Muhd. Ardie Putra Suhaimi
27 Ogos 2019 8:00 AM
HAZWAN (tengah) mahu membuktikan
pemilihannya bukanlah sia-sia dan bersedia untuk memberikan aksi terbaik
bersama skuad Harimau Malaya.
PENYERANG Harimau Malaya, Ahmad
Hazwan Bakri bersedia untuk memikat barisan kejurulatihan bagi membuktikan
pemilihannya dalam skuad kebangsaan kali ini bukan sekadar 'melepaskan batuk di
tangga'.
Sebagai rekod, ketua jurulatih
skuad negara, Tan Cheng Hoe telah dikritik susulan keputusannya menyenaraikan
Hazwan dalam senarai ke kem latihan pusat untuk mengharungi kelayakan Piala
Asia 2023/Piala Dunia 2022 kerana tidak dapat minit permainan yang cukup
bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.
Justeru, Hazwan berharap dapat
diberikan peluang untuk membuktikan keupayaannya terutama ketika aksi
antarabangsa bertemu Jordan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Jumaat ini
meskipun sedar saingan sangat kompetitif.
“Saya akui kurang mendapat minit
permainan bersama JDT musim ini tetapi ia tidak menjadi masalah untuk saya
mewakili skuad kebangsaan kerana intensiti serta sesi latihan di sini sangat
tinggi.
“Saya sentiasa bersedia sekiranya
diturunkan tetapi keputusan tersebut terletak di tangan jurulatih. Harus diingat
saingan merebut tempat dalam kesebelasan utama agak sukar dengan kualiti yang
ada pada jentera serangan kali ini.
“Apa yang pasti, sesiapa sahaja
yang diturunkan perlu memberikan aksi seratus peratus dalam misi melakar
keputusan positif ke atas Jordan kerana kita akan bertemu Indonesia,” katanya
ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Kuala Lumpur semalam.
Selepas saingan bertemu Jordan,
skuad Harimau Malaya dijadualkan bertemu Sang Garuda di gelanggang keramat,
Stadium Gelora Bung Karno pada aksi pertama peringkat Kumpulan G pada 5
September depan.
Dalam perkembangan sama, Cheng
Hoe mengakui sedikit resah apabila pemain naturalisasi negara, Mohamadou
Sumareh masih belum cergas sepenuhnya kerana kecederaan di bahagian pangkal
paha.
“Situasi Sumareh masih lagi
dipantau kerana kecederaan yang dialami ketika mewakili pasukan Pahang awal
bulan ini. Saya harap dia sempat pulih dan cergas sepenuhnya sebelum aksi
bertemu Jordan nanti,” katanya.
SUMBER-UTUSAN ONLINE 27 Ogos 2019
8:00 AM
No comments:
Post a Comment