Ad

Tuesday, 6 August 2019

MU hilang kelibat Apek temu Pahang

Rabu, 17 Julai 2019 | 7:48pm
 
PENJAGA gol Melaka United, Khairul Fahmi Che Mat. NSTP/Rasul Azli Samad
MU hilang kelibat Apek temu Pahang
Oleh Nazri Abu Bakar
sukanteam@nstp.com.my
MELAKA: Melaka United (MU) terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat ketika skuad itu berdepan Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Selepas tidak dapat diturunkan ketika aksi bertemu PKNS FC pada perlawanan di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput semalam, kelibat penjaga gol kebangsaan itu sekali lagi tidak dapat disaksikan pada pertembungan di Kuantan.

Jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan, berkata sekali pun ketiadaan Khairul Fahmi dirasai pasukan, dia berharap pemain yang diberi julukan Apex  segera sembuh daripada beberapa kecederaan yang dialami termasuk bahu dan tumit untuk kembali beraksi.

"Kami yakin dia akan dapat diturunkan pada saingan Piala Malaysia namun pengesahan berkaitan tahap kecederaannya akan diperoleh terlebih dulu daripada pegawai perubatan sebelum kembali beraksi.

"Apapun sedikit melegakan berikutan penggantinya Solehin Mamat bertindak cemerlang sepanjang 45 minit pertama ketika berdepan PKNS termasuk menangkis sekurang-kurangnya tiga percubaan bahaya pelawat.

"Pada babak kedua dia tidak banyak diuji cuma satu-satunya yang menghasilkan gol buat PKNS. Apapun semuanya amat positif buatnya yang pertama kali beraksi," kata Zainal.

Zainal berkata, ketiadaan Khairul Fahmi yang mengalami kecederaan ketika 10 minit terakhir berdepan PKNP dua minggu lalu dan ketika sesi latihan, seharusnya digunakan Solehin dan penjaga gol lain untuk meningkatkan keyakinan terutama ketika diberi peluang kelak.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Rabu, 17 Julai 2019 | 7:48pm

No comments:

Post a Comment