MyMetroArena
Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
NASIB berbeza dialami dua pelumba
elit wanita negara, Fatehah Mustapa dan Farina Shawati Mohd Adnan pada
Kejohanan Trek Grand Prix Asia Tenggara di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini.
Ratu trek negara, Fatehah boleh
menarik nafas lega apabila mencapai indeks petunjuk prestasi utama (KPI) yang
ditetapkan dengan menjejak podium pada kejohanan kelas pertama itu.
Dia bagaimanapun muncul pelumba
kedua terbaik apabila tewas di tangan pelumba Indonesia, Crismonita Dwi Putri
dalam dua siri perlumbaan final.
“Final agak sukar bagi saya
kerana letih selepas terpaksa beraksi dalam tiga siri perlumbaan pada separuh
akhir.
“Sangat gembira kerana bukan saja
menaiki podium kali pertama sejak Oktober lalu malah saya melakukan catatan
terbaik peribadi 11.248s (kelayakan pecut individu) selepas beberapa tahun,”
katanya.
Jelas Fatehah, kejayaan itu mampu
menjadi pembakar semangat buatnya selepas tidak menyerlah hingga digugurkan
daripada Sukan Asia Jakarta 2018.
Bagaimanapun Farina tidak
bernasib baik apabila gagal mencapai KPI menaiki podium selepas tersingkir pada
suku akhir bersama rakan sepasukan, Anis Amira Rosidi.
“Saya membuat terlalu banyak
kesilapan dan sedikit leka. Tekanan memang ada untuk mendapat tiga kedudukan
teratas namun saya akan cuba dalam acara keirin pula,” katanya.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada
: Khamis, 22 Ogos 2019 @ 9:33 PM
No comments:
Post a Comment