Ad

Friday, 9 August 2019

RON97 turun lima sen, RON95 dan diesel kekal


Jumaat, 9 Ogos 2019 | 6:29pm
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bh.com.my
 
PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun lima sen seliter iaitu daripada RM2.54 kepada RM2.49, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal RM2.08 dan RM2.18 seliter berkuat kuasa jam 12 tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga runcit produk petroleum itu bagi tempoh 10 hingga 16 Ogos adalah berdasarkan penepatan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing sepatutnya RM2.19 dan RM2.28 seliter.

“Ini menunjukkan penurunan dari minggu lalu yang mana harga runcit petrol RON95 berada pada paras RM2.24 seliter dan diesel pada RM2.33 seliter,” katanya.

Bagaimanapun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter, selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

Selain itu, menurut kenyataan itu, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 10 hingga 16 Ogos berjumlah ialah RM59.28 juta.
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE Jumaat, 9 Ogos 2019 | 6:29pm

No comments:

Post a Comment