RAZIATUL HANUM A RAJAK@ATAN | |
21 Ogos 2019
Gambar kecil: Mohd Kamarudin Md
Din
JOHOR BAHRU - Polis Johor
memandang serius insiden penghinaan terhadap bendera Malaysia yang dipasang
atau digantung secara terbalik.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd
Kamarudin Md Din berkata, mana-mana pelaku yang sabit kesalahan boleh dikenakan
tindakan undang-undang termasuk penjara.
"Kebelakangan ini telah
dikesan beberapa insiden melibatkan penghinaan terhadap bendera Malaysia, Jalur
Gemilang sama ada dipasang atau digantung secara terbalik atau digunakan bagi
maksud yang tidak sewajarnya.
"Keadaan ini telah memberi
persepsi yang pelbagai dalam kalangan masyarakat kerana bendera adalah lambang
kedaulatan negara. Polis Johor amat memandang serius tentang perkara ini,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular di media
sosial gambar Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di beberapa kawasan malah
ada yang mendakwa tindakan itu turut berlaku di negeri ini.
Mengulas lanjut, Mohd Kamarudin
berkata, mana-mana pelaku boleh didakwa di bawah peruntukan Seksyen 504 Kanun
Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 atau Sekyen 233 Akta Komunikasi
dan Multimedia 1988.
"Seksyen 504 Kanun Keseksaan
iaitu kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak menyebabkan
bangkitan marah dan pecah keamanan membawa hukuman penjara selama tempoh yang
boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali.
"Bagi kesalahan di bawah
Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 boleh dihukum denda tidak
melebihi RM100 manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu
menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar
boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau
kedua-duanya sekali.
"Kesalahan ini boleh juga
didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas
sabitan," katanya.
Sehubungan itu, beliau
menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan negara dan tidak
menyebarkan berita-berita yang tidak sahih serta boleh mengganggu gugat
keamanan negara.
SUMBER-Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/44087/EDISI/Johor/Bendera-terbalik-Boleh-dikenakan-tindakan-undang-undang-dipenjara
© 2018 Hakcipta Terpelihara
Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment