Ad

Saturday, 31 August 2019

Partiban, Brendan tarik perhatian Cheng Hoe

 
MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

AKSI cemerlang dua pemain Perak, Brendan Gan dan J Partiban pada perlawanan final Piala FA bulan lalu, berjaya memikat pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk disenaraikan antara 27 pemain yang menyertai kem latihan pusat skuad negara menjelang pertemuan menentang Jordan, Indonesia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) nanti.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan media memaklumkan Cheng Hoe turut mengekalkan 18 pemain yang sebelum ini beraksi cemerlang menentang Timor Leste pada aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pemain lain yang turut dipanggil antaranya penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan Syahmi Safari (Selangor) yang sebelum ini terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan.


Aksi Partiban (kiri) ketika mewakili Perak dalam saingan Liga Malaysia. FOTO File NSTP
Selain Nazirul Naim Che Hashim (Perak), dua pemain Felda United iaitu Hadin Azman dan Danial Amier Norhisham, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Ahmad Hazwan Bakri dan Jafri Firdaus Chew (PKNS FC).

Lima pemain yang digugurkan adalah Syazwan Andik Ishak (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Syazwan Zainon (Selangor), Kenny Pallraj (Perak) dan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin (PKNS FC).

Cheng Hoe akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain selepas perlawanan menentang Jordan pada 30 Ogos ini untuk dibawa ke Jakarta, Indonesia.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Indonesia pada 5 September untuk pertemuan sulung Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 seterusnya pulang semula ke tanah air untuk aksi berikutnya menentang UAE pada 10 September depan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 8:40 PM


No comments:

Post a Comment