Ad

Wednesday 7 August 2019

Skuad B-15 gah mara ke final

MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
 
SKUAD muda negara terus mengekalkan rentak cemerlang apabila menempah tiket ke final Kejohanan B-15 AFF selepas menewaskan juara tiga kali Vietnam 3-1 dalam aksi separuh akhir di Chonburi, Thailand hari ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian P Maniam bakal bertemu sama ada Thailand atau Indonesia yang dijadual beraksi malam ini.

Pada perlawanan petang tadi menyaksikan Vietnam terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan menerusi Pham Van Phong pada minit 9.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad muda negara menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Nabil Qayyum selang lima minit kemudian.

Sebaik sepak mula separuh masa kedua, Nabil menjadi duri dalam daging kepada Vietnam apabila menyumbat gol kedua untuk kedudukan 2-1.

Skuad B-15 negara menutup peluang Vietnam untuk melangkah ke pentas final apabila Muhammad Aliff Izwan menyumbat gol ketiga pada minit 78.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Malaysia berpeluang menjulang kejuaraan dengan hanya perlu menempuh satu lagi halangan yang akan berlangsung 9 Ogos nanti.

Untuk rekod, Malaysia pernah muncul juara kejohanan itu pada 2013 selepas menumpaskan Indonesia 3-2 menerusi penentuan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Ogos 2019 @ 7:19 PM

No comments:

Post a Comment