BADDROL BAKHTIAR
19 Ogos 2019 8:20 PM
ALOR SETAR 19 Ogos - Kapten
Kedah, Baddrol Bakhtiar dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga
Super anjuran Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) asiana.my
bagi bulan Jun.
Baddrol mendapat undian tertinggi
iaitu 9,836 undi menewaskan pemain Selangor FA, Ifedayo Olusegun yang
memperoleh 6,037 undi diikuti pemain Terengganu FC, Sanjar Shaakhmedov (4,235
undi), pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid (2,076 undi) dan Ronaldo
Henrique Silva dari Perak FA yang memperoleh 2,051 undi.
Baddrol yang kali ketiga
merangkul anugerah tersebut menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500,
trofi, sebingkai gambar, jersi khas dan gel sukan yang disampaikan Eksekutif
Perundangan PFAM, Azzairi Rosle di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di
sini.
Sementara itu, Baddrol berkata
anugerah yang diterima hari ini akan menjadi motivasi buat dirinya untuk
bermain dengan sepenuh hati pada perlawanan Piala Malaysia menentang PKNS FC
malam esok di Stadium Darul Aman.
“Ini merupakan anugerah buat
pasukan Kedah dan bukan atas individu kerana pasukan serta pengurusan telah
banyak membantu saya. Ini akan dijadikan sebagai motivasi untuk memantapkan
pemainan esok dan fokus utama adalah untuk memperoleh tiga mata penuh.
“Esok kita main di laman sendiri
jadi tiada tekanan dan kami (pasukan) nekad dan impikan kemenangan mata penuh.
Siapa pun yang akan turun bermain esok, saya harap dapat main dengan penuh
semangat sepanjang tempoh perlawanan,” katanya. – BERNAMA SUMBER- UNTUSAN
ONLINE 19 Ogos 2019 8:20 PM
No comments:
Post a Comment