MyMetroUtama
sukanteam@nstp.com.my
KURANG lapan jam sebelum sepak
mula pertemuan Terengganu FC (TFC) dengan Negeri Sembilan pada saingan Piala
Malaysia malam ini, kem TFC dikejutkan dengan berita pemergian penjaga gol
utamanya, Mohd Suffian Abd Rahman, 41, yang meninggal dunia selepas mengalami
serangan jantung kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Pengurus TFC, Ahmad Shahrizal
Yahya berkata, bekas penjaga gol kebangsaan itu menghembuskan nafas terakhir di
rumahnya di Kampung Bukit Tunggal, dekat Kuala Terengganu.
“Saya begitu terkejut mendengar
berita itu, saya dimaklumkan kematian arwah disebabkan masalah jantung dan
arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tunggal selepas solat Asar
petang ini.
“Saya mengharapkan peminat setia
skuad TFC dan seluruh peminat bola sepak tanah air mendoakan arwah Suffian
ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman,” katanya.
JENAZAH Mohd Suffian di rumahnya
di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. -Foto Ihsan Pembaca
Pada 1 Ogos lalu, penjaga gol
berpengalaman itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
kerana masalah jantung.
Bagaimanapun selepas beberapa
hari berada di hospital, penjaga gol itu stabil dan dibenarkan pulang untuk membuat
rawatan susulan.
Musim lalu, bekas penjaga gol
kebangsaan itu adalah antara watak penting kejayaan skuad Penyu muncul naib
juara Piala Malaysia dan menduduki tangga keempat Liga Super.
Pemain paling senior Liga
Malaysia (Liga M) itu yang menyarung jersi skuad TFC bermula pertengahan 2017
juga beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 17 Ogos 2019 @ 3:56 PM
No comments:
Post a Comment