Ad

Monday 26 August 2019

MELANGGAN UTUSAN MALAYSIA 1991-2019


(BIOGRAFI GURU SEJARAH SIRI 162)

Saya mula membeli utusan Malaysia sejak tahun 1971, ketika iu baru Darjah 1. Hobi saya membaca jadi duit belanja sekolah yang Che bagi 10 sen sehari saya simpan untuk membeli Utusan Malaysia yang berharga 20 sen tahun 1971. Pada tahun 1987 saya mula mengkaji peranan Utusan Melayu dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu. Pada tahun tersebut saya mengambil kertas Pensejarahan Melayu yang diajar oleh Prof Mohd Yusof Ibrahim. Antara kajian saya ketika itu ialah mengkaji penulisan pensejarah Melayu dalam akhbar Utusan Melayu.
            
      Pada tahun 1991 saya mula melanggan akhbar Utusan Malaysia hinggalah bertukar ke SMK Jengka 2 tahun 1996.[1] Kemudian menyambung langganan akhbar tersebut di Kedai YAJ Enterprise tahun 1996-2013. Kemudiain menyambung langgana di Kedai surat khabar di Bandar Pusat. Apabila diumumkan akhbar ini akan ditutup kerana sekatan pihak tertentu saya terus memberi sokongan dengan melanggan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo. Malangnya tak dapat lagi membeli majalalah terbitan Utusan, Mastika kerana telah ditamatkan penerbitannya.[2]  


[1] Resit langganan akhbar 1901-1996.
[2] Catatan Dairi 2019.

No comments:

Post a Comment