SAFAWI RASID dalam sidang akhbar
di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini menjelang perlawanan persahabatan
menentang Jordan esok. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Rozaidi Zulkifli
29 Ogos 2019 8:48 PM
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pemain
sayap negara, Safawi Rasid menegaskan ketiadaan Mohamadou Sumareh yang
mengalami kecederaan bukan jaminan untuknya mengisi kekosongan itu kerana
beberapa pemain lain turut menunjukkan prestasi terbaik.
Tambahnya, antara pemain yang
mampu mengisi tempat Sumareh adalah rakan sepasukannya di Johor Darul Ta’zim
(JDT), Akhyar Rashid, kapten Felda United, Hadin Azman dan Shahrel Fikri Md.
Fauzi.
“Saya tidak tahu, bakal bermain
esok atau tidak. Ketiadaan Sumareh bukan masalah buat pasukan negara kerana
kita masih mempunyai ramai pemain yang dapat bermain di posisi itu.
“Antaranya saya sendiri, Akhyar,
Hadin dan Shahrel Fikri. Untuk itu jurulatih (Tan Cheng Hoe) mempunyai pilihan
untuk menurunkan sesiapa sahaja,” katanya dalam sidang media pra perlawanan
persahabatan menentang Jordan esok di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Jordan sebelum ini berjaya
menundukkan Indonesia 4-1 dalam aksi persahabatan pada Jun lalu di Stadium King
Abdullah Sports City.
Tambahnya, pengalaman beraksi
menentang Jordan ketika bersama skuad bawah 23 tahun dalam saingan Kejuaraan
AFC di China awal tahun lepas menyaksikan pasukan lawannya itu memiliki
kekuatan dari segi fizikal dan corak permainan yang pantas.
“Mereka memiliki kekuatan dari
segi fizikal tetapi bagi saya itu bukan masalah kerana jika semua pemain mampu
menunjukkan semangat juang yang tinggi, pasti kita dapat keputusan positif.
“Sekarang semua pemain berada
dalam prestasi terbaik dan sudah mula serasi dengan corak permainan yang
diterapkan jurulatih,” jelasnya. – SUMBER UTUSAN ONLINE 29 Ogos 2019 8:48 PM
No comments:
Post a Comment