MyMetroArena
Firdaus Hashimfirdaushashim@hmetro.com.my
"SAYA jual sebab nak jadikan modal tambahan untuk perniagaan minyak HL (Plant Essential Oil)".Itu inisiatif terakhir yang terpaksa dikorbankan bekas penjaga gol negara, Jamsari Sabian apabila melepaskan beberapa medal kejuaraan yang dimenanginya ketika bersama kelab MPPJ FC dari 2001-2004.
Antara medal yang paling bernilai adalah kejuaraan Piala Malaysia 2003 dan kejuaraan Liga Perdana 2004 disamping pingat Piala FAM 2001.
Ketika Arena Metro menghubunginya, beliau mengakui perkara itu dan mahu menjualnya dengan nilai sasaran ketiga-tiga medal berkenaan pada harga RM15,000.
"Saya jual medal itu untuk kehidupan saya. Lagipun, saya nak gunakan untuk melabur dalam perniagaan minyak yang saya ceburi sekarang.
"Saya tak guna konsep lelong tetapi lebih kepada siapa yang berminat boleh hubungi saya secara terus di Facebook.
"Memang medal itu banyak kenangan tetapi jika ia menambah kesedihan baik saya lepaskan. Banyak janji lama (tunggakan gaji) yang pasukan lama tak tunaikan, jadi saya nak lupakan terus," katanya.
Jelas Jamsari lagi, perniagaan minyak yang sedang diusahakannya dengan bantuan bekas jurulatih 'double treble' (2007 dan 2008), Azraai Khor Abdullah semakin laris di pasaran.
"Saya bukan setakat meniaga, tetapi juga beramal dengan setiap pembelian minyak itu saya sedekahkan kepada rumah anak yatim dan asnaf.
"Insya Allah projek akan datang, saya cadang untuk berkongsi keuntungan dengan pihak-pihak lain yang memerlukan pertolongan," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 6:31 PM
No comments:
Post a Comment