MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my
TAKTIKAL drastik menjadi asas kejayaan Melaka meraih dua kemenangan berturut-turut ke atas Perak dan Terengganu sehingga meletakkan skuad terbabit keluar daripada zon bahaya penyingkiran.
Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan berkata, sebaik aksi liga bersambung berikutan kekangan pandemik Covid-19 dia bersama barisan kejurulatihan merancang strategi drastik yang diakui "menjadi' pada dua perlawanan berkenaan.
Katanya, kebangkitan terbabit amat melegakan selepas di potong tiga mata dengan pasukan berada di tangga ke-11 tekanan amat hebat dirasakan tambahan aksi rehat panjang ketika hanya melihat kedudukan carta yang kurang menyenangkan.
"Kami akui terdapat taktikal drastik yang dirancang, dengan disiplin yang tinggi dan kerja kuat selama dua bulan kami berjaya membentuk acuan yang akhirnya memberi impak terhadap persembahan pasukan.
"Pada awalnya jadual 22 perlawanan masih boleh membuat percubaan pada aksi keempat dan kelima tetapi selepas Covid -19 dengan jadual dipendekkan saya bersama staf kejurulatihan membentuk taktikal drastik terbabit yang biarlah kami rahsiakan," katanya.
Sementara itu, Zainal mengucapkan terima kasih kepada presiden Persatuan Bolasepak Melaka (Musa), Datuk Sulaiman Md Ali yang banyak membantu pasukan dan memberi dorongan serta semangat.
Malah Sulaiman turut memberi sokongan moral kepada pemain di bilik persalinan sebelum aksi pasukan berkenaan berdepan TFC di Stadium Hang Jebat, Jumaat lalu.
Baginya, kesungguhan presiden menjaga pasukan dengan terdapat banyak perubahan dalam pasukan meningkatkan keyakinannya bola sepak Melaka akan terus maju.
Melaka kini berada di tangga kelima liga selepas enam perlawanan dengan mengumpul sembilan mata melompat lima anak tangga dari tangga ke-11 sebelum ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 7:05 PM
No comments:
Post a Comment