MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PENYERANG muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin membuktikan memiliki ketajaman sentuhan penyudah apabila berjaya meledak gol pertama bersama skuad utama KV Kortrijk (KVK) semalam.
Meskipun ia sekadar aksi persahabatan, Luqman berjaya membuktikan kehadirannya di bumi Eropah bukan kerana tiket ihsan pemilik KVK, Tan Sri Vincent Tan sebaliknya atas kualiti dan bakat dimilikinya.Pada aksi itu, penyerang berusia 18 tahun itu mencetak satu gol untuk membantu kelabnya menewaskan BX Brussel, 2-1.
Malah, ia adalah jaringan keduanya selepas menyertai kelab itu bulan lalu di mana sebelum ini Luqman meledak satu gol ketika beraksi bersama skuad B-21 KVK yang menyaksikan pasukannya tewas 4-1.Jelas Luqman, penampilan pertama dengan skuad utama KVK bukanlah mudah meskipun ia hanyalah aksi persahabatan.
"Perlawanan pertama sangat bagus walaupun sukar untuk saya kerana ini adalah kali pertama bagi saya beraksi di Eropah.
"Setiap pemain 'push, push, push' dan ia bagus untuk saya belajar (gaya) permainan di Eropah. Saya sangat gembira menjaringkan gol pertama ini untuk skuad utama... saya amat gembira.
"Sukar di sini untuk saya. Sangat susah. Jadi, saya perlu 'push' diri saya dan tidak berputus asa," katanya menerusi video temubual yang dikongsikan kelabnya di laman rasmi Facebook KVK.
Jelas anak jati Kota Bharu, Kelantan itu lagi, rakan sepasukan banyak membantunya serta sering memberi semangat sama ada ketika di dalam mahupun di luar padang.
"Kami sering berkomunikasi dan mereka banyak membantu. Saya kena tingkatkan lagi permainan selepas ini kerana bukan mudah merebut tempat," katanya yang mengikat kontrak selama lima musim bersama KVK.
Dengan aksi konsisten yang diperagakan produk Akademi Bolasepam Mokhtar Dahari itu, tidak mustahil dia mampu memikat kepercayaan pengurus kelab Yves Vanderhaeghe untuk disenaraikan dalam saingan divisyen satu Belgium itu.SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2020 @ 6:10 PM
No comments:
Post a Comment