MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
IMPIAN penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin untuk membuat penampilan pertama di bumi Eropah semakin hampir apabila dia mula menyertai sesi latihan bersama skuad senior KV Kortrijk (KVK) hari ini.Menerusi video latihan pasukan yang dimuat naik di laman Facebook KVK itu, Luqman dilihat ceria berlatih di bawah kendalian pengurus, Yves Vanderhaeghe.
Perkembangan ini sememangnya dinantikan oleh tonggak berusia 18 tahun itu sejak tiba di bumi Belgium pada pertengahan bulan lalu.
Sebelum ini, Luqman menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari sebaik tiba di negara itu.Dia kemudian tidak menunggu lama untuk mencetuskan impak apabila berjaya meledak gol ketika aksi persahabatan bersama skuad B-21 KVK minggu lalu.
Meskipun aksi itu berkesudahan tewas 1-4, namun ketajaman Luqman serta kepantasannya di depan gawang berjaya memikat Yves Vanderhaeghe untuk memanggilnya bersama skuad utama.
Siapa tahu, pada aksi kelima Liga Pro Jupiler Isnin ini, Luqman mungkin diberi peluang untuk turun menentang Royal Excel Mouscron di Stadium Guldensporen yang juga gelanggang rasmi KVK.
Ketika ini, KVK berada di tangga keempat liga dengan tujuh mata selepas empat aksi dan berpeluang menambah tiga mata ekoran prestasi tidak menentu Royal Excel Mouscron yang kini didasar liga.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 9:19 PM
No comments:
Post a Comment