Daripada Aziman Rosdi di Bangkok danThailand
BANGKOK: "Esok kami tunjuk dalam padang!"
Itu reaksi balas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abd Radzak selepas
penjaga gol Thailand Chatchai Budprom seperti memperlekehkan kemampuan mereka
menjelang pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF 2018.
Menurut penyerang kebangsaan itu, dia dan semua pemain tidak akan
terpengaruh dengan permainan psikologi skuad Gajah Perang itu yang dilihat akan
lebih tertekan pada aksi di Stadium Nasional Rajamangala nanti.
“Untuk saya apapun yang mereka cakap kita tak ambil pusing, yang penting
kita tahu pasukan kita bersiap sedia dari segi fizikal dan mental, mungkin apa
yang dia cakap itu sekadar psikologi.
“Kita ambil benda yang positif, kita lawan semula apa yang dia cakap jadi
jawapan dia, esok malam kita tunjuk dalam padang,” katanya ketika ditemui Sukan
NSTP hari ini.
Dalam sidang media praperlawanan hari ini, Chatchai menasihatkan pemain
Malaysia agar tidur lena malam ini kerana esok mereka bakal mengalami mimpi
ngeri.
Selepas aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu
berkesudahan seri 0-0, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tiada jalan lain selain
memburu gol untuk layak ke final.
Bagi Zaquan, meskipun rekod Malaysia menentang Gajah Perang di Bangkok
tidak memberangsangkan apabila tidak pernah menang sejak 2004 dan gagal
menghasilkan gol pada lima perlawanan terakhir, dia tetap percaya peluang
mereka membuat kejutan tetap ada.
“Mungkin esok mereka akan jaringkan gol, kita juga akan jaringkan gol, tapi
tekanan lebih kepada mereka. Kita akan cuba sehabis baik untuk bermain, kita
tahu di Kuala Lumpur mereka lebih bertahan, di sini selagi mampu kita menyerang
kita akan menyerang, kita tahu mereka juga takut dengan cara permainan kita.
“Yang penting semangat dan keyakinan kita.Mana tahu rezeki kita kali ini di
Bangkok, insya-Allah saya yakin pemain akan berikan aksi terbaik,” katanya
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 4 Disember 2018 | 9:35pm
No comments:
Post a Comment