SUKAN»Bola
Rabu, 12
Februari 2020 | 8:07pm
KAPTEN pasukan
Vissel Kobe, Andrea Iniesta (kiri) melepasi asakan pemain JDT, Corbin Ong di
Stadium Park Misaki. Foto FB Johor Southern Tigers
JDT mula
langkah kiri
Oleh Zulfaizan
Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR:
Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini
dengan langkah kiri selepas tewas 1-5 kepada Vissel Kobe di Stadium Park
Misaki, sebentar tadi.
Vissel Kobe
yang dibarisi beberapa pemain berkelas dunia seperti Andres Iniesta dan Thomas
Vermaelen mendominasi permainan dan berjaya membuka jaringan menerusi Keijiro
Ogawa pada minit ke-13.
JDT
bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Safawi Rasid
pada minit ke-27 selepas bola terkena tangan Vermaelen.[i]
PEMAIN JDT,
Safawi Rasid (Kanan) diasak pertahanan Vissel Kobe, Thomas Vermaelen. Foto FB
Johor Southern Tigers
Namun,
kedudukan itu hanya bertahan seminit apabila rembatan deras Kyogo Furuhashi
dari luar kotak penalti berjaya memerangkap penjaga gol JDT, Farizal Marlias
buat kali kedua.
Tidak cukup
dengan itu, skuad kendalian Thorsten Fink terus menghukum pertahanan JDT
apabila meledak dua lagi gol hasil jaringan Ogawa pada minit ke-58 dan Douglas
(m-65).
Iniesta
dilihat menjadi penggerak utama Vissel Kobe apabila umpanannya pada minit ke-72
membolehkan Ogawa melengkapkan jaringan hatrik pada perlawanan pertama Kumpulan
G itu.
Aksi
seterusnya JDT akan berdepan kelab Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings di
Johor Bahru, 3 Mac depan.
No comments:
Post a Comment