Ad

Saturday, 8 February 2020

Persefahaman skuad KL makin baik

MyMetroArena
 
Izzali Ismail
sukan@hmetro.com.my
PENGENDALI skuad Kuala Lumpur, Nidzam Adzha Yusoff berharap kemenangan 2-1 ke atas Kedah pada perlawanan persahabatan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Khamis lalu menjadi dorongan serta motivasi dalam usaha berterusan bagi mengukuhkan kekuatan pasukan.

Bekas jurulatih Kedah dan Melaka ini berkata skuadnya kini sedang berusaha meningkatkan tahap keserasian bagi membentuk skuad baharu 'The City Boys' yang lebih mantap pada musim 2020 ini.

"Melihat pada perkembangan perlawanan ini, saya yakin tahap keserasian antara semua pemain termasuk pemain baharu semakin baik dan usaha berterusan ini mampu meningkatkan lagi corak persefahaman yang kita harapkan dalam pasukan."

"Kami mahu terus bekerja keras dan menimba sebanyak mana pengalaman yang ada sepanjang aksi pramusim ini dan setiap perlawanan yang tempuhi seperti di Kedah ini adalah 'ilmu' penting dan berharga untuk semua pemain."

"Pasukan kami ini baharu di bentuk dan dengan usaha serta semangat yang ditunjukkan oleh semua pemain setakat ini melihatkan kesungguhan dalam persiapan yang sedang dilakukan."

Menyentuh mengenai aksi anak buahnya di Stadium Darul Aman, Nidzam berpuas hati dengan semangat serta usaha gigih yang ditunjukkan semua pemain sepanjang perlawanan.

"Saya lihat beberapa aspek penting di mana kita memanfaatkan dua peluang gol oleh Zhafri Yahya dan Francis Kone hasil kesilapan pihak lawan dan ini membangkitkan lagi semangat semua pemain."

"Namun pada masa yang sama kami juga perlu memperbaiki kembali kelemahan terutama kesilapan benteng pertahanan selepas mendahului perlawanan tersebut." katanya.

Kuala Lumpur bakal meneruskan perlawanan pramusim berdepan Selangor pada 15 Februari dan Pahang pada 21 Februari.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Februari 2020 @ 2:10 PM

No comments:

Post a Comment