Ad

Wednesday 12 February 2020

TRW gesa penyokong penuhi stadium

MyMetroArena
 
BERNAMA
TEAM Red Warriors (TRW) Sdn Bhd meminta penyokong pasukan Kelantan memenuhi Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bagi meringankan beban hutang lapuk dianggarkan RM7 juta yang terpaksa ditanggung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Pengarah Urusan TRW Sdn Bhd, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, mereka terpaksa mengadakan perlawanan persahabatan dengan lebih kerap sebagai alternatif untuk membantu mengukuhkan kedudukan kewangan pasukan menerusi hasil jualan tiket.

"Bukan itu sahaja, aksi persahabatan juga penting kepada barisan kejurulatihan dalam membentuk keserasian pemain bagi menghadapi saingan Liga Premier musim ini.

"Kami berharap 'pemain ke-12' dapat memberikan sokongan padu setiap kali Kelantan beraksi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Kelantan berjaya menyelesaikan bayaran tertunggak pemain dan pegawai hampir RM2.5 juta bagi mengelak hukuman pemotongan mata oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada saingan Liga Perdana sebelum 31 Jan lalu.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Februari 2020 @ 11:11 PM

No comments:

Post a Comment