MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
sukan@hmetro.com.my
KEHADIRAN import kelima kelahiran Thailand, Narupon Wild Putsorn, 31, dalam skuad Melaka mampu memperkasa skuad itu dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula tidak lama lagi.
Jurulatih skuad berkenaan, Zainal Abidin Hassan berkata, pemain terbabit yang turut diuji dalam perlawanan persahabatan berdepan Terengganu FC II di Stadium Hang Jebat malam tadi menampilkan persembahan membanggakan.
Katanya, walaupun baharu tiga hari menyertai pasukan permainannya dilihat matang dan meyakinkan.
"Kami sedang membentuk persefahaman yang lebih jitu membabitkan pemain itu dengan semua rakan sepasukan.
Malah persembahan permainannya dilihat amat memberangsangkan.
"Apapun beberapa kelemahan yang ada pada aksi terbabit akan terus diperbaiki pada sesi latihan dan dua perlawanan persahabatan selepas ini," katanya.
Sebelum iini, Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) memaklumkan Narupon Wild Putsorn sah menyertai skuad Hang Tuah sekali gus mengisi import kelima bagi kuota Asean.
Narupon yang mesra dikenali Nazza yang beraksi di posisi pertahanan tengah dan tengah bertahan sebelum ini bermain di Thai League 1.
Nazza memulakan kariernya di Thailand bersama Bangkok United pada 2013 sebelum menyertai beberapa kelab terkemuka negara itu termasuk Songkhla United, BBCU, Buriram United, Suphanburi dan Nakhon Ratchasima.Dia yang juga antara produk pembangunan liga kelab Wales, The New Saints (TNS) pernah membantu TNS menjuarai Welsh Premier League dan FAW Premier Cup pada musim 2006/2007.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 1:42 PM
No comments:
Post a Comment