DAIRI 2020
SUKAN»Bola
Rabu, 29 Januari 2020 | 9:05pm
Penyerang Malaysia, Muhamad Safawi Rasid (kiri), dan penyerang Perancis, Mbappe.
Safawi sebaris Mbappe
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Nama penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid terus melonjak selepas disenaraikan sebagai antara 'future wonderkid' dalam arena bola sepak dunia.
Senarai itu dikeluarkan satu laman sosial berkaitan bola sepak, tekkers yang meletakkan Safawi sebagai pemain masa depan Malaysia.
Lebih mengujakan, dia tersenarai bersama bintang Perancis, Kylian Mbappe dan pertahanan muda England yang beraksi bersama Liverpool, Trent Alexander Arnorld.
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu bagaimanapun enggan menjadikan pengiktirafan itu sebagai medan untuk dia bermegah atau besar kepala.
Sebaliknya, Safawi menyifatkan ia sebagai petanda untuk dia terus meningkatkan prestasi ke tahap lebih tinggi sama ada bersama Harimau Malaya, mahupun JDT.
“Memang pengiktirafan itu agak mengejutkan saya kerana laman sosial berkenaan juga menyenaraikan pemain muda lain yang ada nama di pentas dunia.
"Apa yang saya harapkan ia dapat melonjakkan lagi nama Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya semalam.
Prestasi cemerlang Safawi bersama Harimau Malaya serta beraksi bersama JDT di Liga Super dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dilihat menjadi antara faktor namanya tersenarai dalam carta itu.
Selain Safawi, pemain Indonesia yang berkelana di bumi Poland, Egy Maulana Vikri turut tersenarai di dalam carta terbabit berdasarkan prestasi semasa.[1]
No comments:
Post a Comment