1.6.1Pemerintahan pusat dan wilayah .
HP-Membincangkan struktur pemerintahan pusat dan wilayah.
Oleh –AHMAD BIN YAAKOB
Kerajaan Khulafah al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632, iaitu apabila Abu Bakar al-Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama. Kerajaan Khulafah al-Rasyidin diperintah oleh empat orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w, iaitu:
(a) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
(b) Khalifah Umar bin al-Khattab.
(c) Khalifah Uthman bin Affan.
(d) Khalifah AIi bin Abi Talib.
Gelaran Khulafah al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
Struktur Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin :
a) Madinah sebagai pusat pemerintahan.
b) Masjid Nabawi sebagai pusat pentadbiran negara,pusat ibadat dan kegiatan dakwah Islamiah.
c) Khalifah sebagai ketuabadan eksekutif, legislatif dan kehakiman.
d) Khalifah paling berkuasa tetapi kekuasaan tidak berbentuk mutlak dan terikat dengan al-Quran dan sunnah yang mengawal segala tindakan khalifah.
e) Sesuatu dasar diputuskan melalui majlis syura (badan penasihat Khalifah).
f) Majlis Syura secara rasmi dibentuk pada zaman pemerintahan khalifah Umar bin al-Khattab
g) Penubuhan Baitul Mal -perbendaharaan negara untuk menguruskan harta rakyat dan negara.[1]
[1]“Bentuk Pemerintahan”, dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah, (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),20.
No comments:
Post a Comment